RSS

Sunyi Seketika,Tidak Keruan

Sejak dua menjak ini aku dalam keadaan yang agak tak keruan.Hampir segala benda & perkara kurang terurus seperti biasa.Apa pun tulisan pink diatas itu adalah merupakan penyumbang utama terhadap ketidak keruanan kitaran hidup aku.Nanti kan sesuatu dari aku tidak berapa lama lagi.

Membeli Sedekah

Salam buat semua.Kesuntukan masa disebabkan beberapa perkara menjadikan ruangan aku menulis sesuatu ini sedikit berhabuk.Sebetulnya aku tiada dirumah 2 3 hari ini gara gara Golden Week.Jauh menjelajahi negeri sepet ini.Tapi usah gundah,aku telah kembali untuk memacu khidmat terhadap ruangan ini.Yeahh!

Membeli sedekah,tajuk entri pertama bulan May 2008.Aku terdetik untuk menulis entri ini beberapa ketika selepas berbaring sambil teringatkan kembali perkara 4 5 tahun lalu.Deen,terima kasih kerana berjaya menjadi inspirasi aku kali ini.Mungkin ada sedikit janggal dengan perkataan membeli sedekah.Tapi itulah kadang kadang hakikat atau realiti hidup yang semakin hari makin tak keruan.
Baca artikel sepenuhnya

Aku & Sesuatu

Hampir seminggu juga aku biarkan mendalah ini tanpa ada apa apa tulisan.Ramai juga menjenguk mencari sesuatu kali.Maaf lah sedara sedari,gue sedang melakukan sesuatu dimasa sekarang ini yang membuatkan masa aku untuk mengetuk keyboard menaip entri terbatas.

Aku juga sedang memikirkan sesuatu dalam sehari dua ini.Mungkin blog ini bakal dihiasi dengan theme persendirian barang kali tidak lama lagi.Ha ha ha.Jenuh memikirkan struktur grafik untuk dipadankan dengan kehendak minda.Simple & smart itu saja.Aku sebagai seorang blogger sejak 2004 mula merasa ingin memiliki theme persendirian hasil keringat sendiri.Mesti setiap blogger ada perasaan macam aku kan?

Sekolah sudah mula 2 3 minggu.Aku penat,letih,leloh,tak larat ….

Selamat berjumpa kembali kepada Golden Week!Setahun sudah kau hilang akhirnya kita berjumpa lagi.Minggu depan bermula lah apa yang dinamakan Golden Week.Aku?Mengangkat kaki membelah tanah si mata sepet mencari sekalung pingat menjulang piala untuk kali ketiga sepanjang disini.Katakan aku lelaki gila bola.Aku adalah seorang lelaki yang sangat taksub dengan bola sepak.

Nantikan aku membuat kemunculan dengan entri bergambar Golden Week nanti.Saksikan detik detik sebuah perjalanan aku sebagai lelaki mengejar bola di Jepang!Ohh yeah..

AWAS:Kepada sesiapa yang tahu jenis manusia yang pandai code PSD,sila bagitahu aku nanti dengan kadar segera.Aku memerlukan mereka disebabkan muatan kerja yang sudah melebih.Terima kasih!

Adakah Anda Tahu?

Baru lepas selesai membuka ruangan baru bagi kategori video menarik buat tontonan.Sila ke sini untuk menonton beberapa video yang telah ada disana.Ruangan ini bakal diupdate dengan pelbagai lagi video menarik dari masa ke masa untuk tontonan dan hiburan semua.

Pada entri kali ini juga diucapkan selamat menonton sebuah video “Did You Know?” yang mempunyai beberapa perkara agak menarik untuk dikongsikan.Mungkin ada yang telah melihat tapi buat yang belum,silakan. *aku tak tahu nak buat ape wei…*

Blogger Malaysia

Sehingga hari ini,ramai sudah antara kita yang menceburi bidang menulis blog.Bagaikan satu fenomena baru dalam penghujung 2007 hingga 2008.Tidak dikira platform mana yang digunakan samada blogger,wordpress,blogmas,blogdrive dan pelbagai lagi platform yang hanya mempunyai satu tujuan iaitu kemudahan menulis blog kepada manusia.

Sejak berakhirnya PRU,maka berbondong bondong lah “mereka mereka” untuk memiliki blog sendiri.Ada yang mengatakan sudah berblog lama walaupun hanya tidak sampai sebulan.Blog merupakan satu ruang untuk menulis apa saja yang diinginkan oleh tuan punya blog itu sendiri dan tidak hanya sekadar untuk tujuan politik sahaja.Ini semua kena faham.

Baca artikel sepenuhnya