17 jam


Untuk gambar besar klik SINI

10 Hari Bulan Febuari


Ini adalah screenshot untuk 1 Feb hingga 10 Feb pukul 2 petang.Semua berjumlah $315.16.Kalau ditukar ke RM dengan kadar tukaran $1 = RM3.60,semua berjumlah RM1134.57.Sikit je kan,sebab orang lain ada dapat banyak lagi.Ini pun setakat ada 20 barang saja.Tanpa store atau apa apa.

Mari kita tunggu sehingga habis bulan Febuari,untuk lihat perkembangan seterusnya.

Gambar Gua Makan Angin


By AirMail


5 Feb 2009

12.32 tghr

Plastik bungkusan sampai weh!

Isi kandungan:LV Damier Azur gua tiba akhirnya.

Sekian!

14 Tahun Berlalu


17 Januari 1995,tepat jam 5.46 pagi.

Waktu ini aku darjah 6,melangkah ke Sekolah Rendah Ibrahim,Sg Petani.Aman damai je menunggu bas dengan mak aku tepi kubur kristian depan Kem 6 Briged,Jalan Lapangan Terbang.Duduk menanti bas buruk Pak Mat yang muka bas nya sebijik macam beruk.Ini kenyataan pasal rupa bas dia,bukan aku saje nak mengutuk ye.

Pada waktu 5.46 pagi ni juga lah Kobe digegarkan dengan satu gempa bumi paling dasyat.7 skala magnitud R.Aku rilek je layan ngantuk masa ni atas batu tepi kubur kristian.Tapi penghuni wilayah Kobe,tidak sempat nak melarikan diri.Ranap habis.Hilang anak,mak,ayah,saudara,kawan.Ada kalau yang sudah dewasa masa ini “alert” dengan berita.AKu buat dunno je.

Sekarang aku berada pada tempat hampir hampir dengan tempat kejadian,walaupun jauh jugak.Sekurang kurangnya lebih dekat dari Malaysia.Kobe yang satu ketika boleh dikatakan ranap habis,sekarang cukup gah membangun.4 kali aku pernah sampai dan melihat rupa bekas tempat kejadian.Highway yang tumbang masa gempa bumi teruk tu pun aku pernah guna.Datang jugak dalam kepala bila ingat pasal kehancuran tempat tu.

Bagi sesiapa yang belum pernah rasa gegaran gempa bumi mungkin tidak faham perasaan semasa gegaran.4 kali aku pernah rasa.Tapi paling kuat pon 4 magnitud saja.Itu pon kalau berdiri atas jalan boleh tumbang secara sendiri.Macam ada orang tackle dan jatuh dalam keadaan 90 darjah & tak boleh nak bangun balik sebab bumi bergoyang kiri kanan atas bawah.Ko akan nampak rumah , bangunan dan apa saja binaan macam bergelek gelek menari.Silap hari bulan tunggu masa nak timpa badan.Itu pengalaman aku.

Dan hari ni ramai penduduk kawasan Kobe membuat ritual bagi memperingati kematian sanak saudara,keluarga.Ada aku tengok tv tadi,seorang makcik yang kehilangan anak didepan mata sendiri tanpa dapat diselamatkan.Kata makcik tu,”Saya dapat dengar suara nya meminta tolong, dan saya menyahut “Tunggu,Mak pergi selamatkan!”..Tapi dek kerana sekeping pintu yang walau dirempuh pun tidak memberi apa apa kesan,Makcik tu hanya dapat mendengar suara anak nya sayup semakin perlahan sehingga lenyap dari pendengaran.Hanya sekeping pintu.Sedih jugak dengar cite makcik tadi.

Apa pun 14 tahun telah berlalu,Hanshin Earthquake atau lebih dikenali dengan nama Kobe Earthquake telah menjadikan suatu dimensi baru bagi penduduk disana.Banyak perkara yang dapat diambil buat panduan.Perkara ini banyak diterangkan & diamalkan disini.Dari makcik tua semput hingga budak 2 3 tahun semua diterapkan.

Gua kagum sama ini hal!