RSS

Gegar!

16 Julai 2007,sedang enak rakyat bumi sakura menikmati cuti umum,cuti sempena hari laut,sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi yang kuat lebih kurang jam 10 pagi waktu tempatan.Gegaran sekuat skala 6.8 itu mengegarkan wilayah Niigata dibahagian utara Jepun.

Maka ranaplah segala kediaman,bangunan dan segala bukit disekitarnya.Rel keretapi seakan-akan ular dipukul dengan buluh dan ditimbusi tanah bukit yang runtuh.Gerabak keretapi juga tergolek dari landasan.Bayangkan bagaimana kuatnya gegaran sehinggakan keretapi yang berat dek besi itu,tergolek ditepi landasan.Allahhuakbarr!!

Lebih membimbangkan,15 km dari pusat gegaran itu terletaknya tempat janakuasa nuklear Tokyo Electric Ltd.Dan mengikut siaran televisyen,salah satu dari mesin disitu bocor.Untuk pengetahuan kalian,loji ini adalah yang terbesar di dunia.Arghh..jangan kata aku nanti terkena sinaran nuklear.Terbantut tumbesaran keturunan nanti.

7 orang terbunuh,800 lagi cedera,dan lebih 8000 rakyat tempatan hilang tempat tinggal.Melihatkan suasana mereka yang terlibat dalam siaran televisyen,syukurlah aku masih selamat disini.Dan kita patut bersyukur dikurniakan hidup di Malaysia yang tiada kejadian sebegini.

Dijangkan juga akan ada gegaran lanjutan dan dianggarkan selama seminggu. Dan sehingga jam 9 malam tadi,terdapat 69 gegaran susulan.Alamat ada lagi runtuhan dan sebagainya.Ini kisah diutara.Sabtu lepas selatan Jepun ditiup taufan yang kuat.Apa pula akan datang dari timur dan barat tiada siapa yang tahu.

Kepada rakan-rakan Malaysia dikawasan berkenaan aku mendoakan kalian selamat dan tabah disana.

Untuk kalian aku cuba dapatkan gambaran sebenar untuk tatapan.Jangan sekadar melihat,fikir-fikirkan lah,hayatilah.PEACE!!

Sumber berita dari Utusan Malaysia baca disini.

  1. 6 Komen

  2. Oleh kodin pada Jul 17, 2007 | Balas

    peehhh.. sedih gile bile dgr camtuh. nasib baik tmpt ko tak kene.. harap2 xde ape yg berlaku lg. amin…

  3. Oleh admin pada Jul 17, 2007 | Balas

    aku dah kene taufan hari sabtu.Cuak gak pasal kuat .Tahun lepas aku dah kene gempa bumi..goyang abess
  4. Oleh mixterr pada Jul 18, 2007 | Balas

    syukurla ko selamat.. gila la risau aku pasal nuklear tu..

  5. Oleh kaSyah pada Jul 18, 2007 | Balas

    harap ko okay bro..biki jantung aku makin berdebar nak gi ke sana

  6. Oleh fizz pada Jul 18, 2007 | Balas

    malaysia jugak yang bagus..aman damai :)

  7. Oleh admin pada Jul 18, 2007 | Balas

    mixter:alhamdulillah..aku masih selamat.tapi risau jugak..sebab sekarang nih memang musim taufan dengan gempa bumi..

    kaSyah:datang je..insyaAllah selamat bro..hehe

    fizz:betul tuh fizz,tapi malaysia selamat dari segi bencana alam macam nih,kalau dari segi jenayah..malaysia memang no 1..hehe

Post a Comment