Renungan bersama

Dek kerana aku kecewa dengan pasukan Piala Asia Malaysia, aku memutuskan untuk berehat seketika dari mengambil tahu mengenai Piala Asia.Bukan kerana aku kecewa kerana kekalahan yang telah diduga itu,tapi permainan yang langsung tidak melambangkan bahawa kita mempunyai sebuah liga profesional.Cukup!
Pertama sekali untuk hari ini aku ingin maklumkan bahawa streaming untuk Astro Ria dan juga Astro Prima telah kembali seperti biasa.
Sudah lama aku rasa aku tidak membuat entri berorientasikan agama,yang semakin dilupakan oleh para masyarakat zaman sekarang.Aku tidak mahu mengupas topik yang sangat berat cukuplah yang sedang-sedang sahaja.Aku tidak mahu mengulas lanjut lagi , cuma baca lah ayat-ayat dibawah ini dan apa yang anda semua rasakan perkaitan antara ayat-ayat tersebut dengan apa yang berlaku di dunia sekarang.
FIRMAN Allah bermaksud: “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)
Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
Bukan aku ingin mengatakan bahawa aku ini baik atau alim dan sebagainya,tapi aku hanya megutarakan pendapat serta buah fikiran aku sendiri.Dari apa yang aku perhatikan dan apa yang aku rasa sepanjang aku 24 tahun di bumi ini.Usah ada yang bersikap emosi apabila membaca entri aku ini kerana tiada niat dari aku untuk membuat kau semua emosi.PEACE!

1 Komen
Oleh chot pada Jul 20, 2007 | Balas
aku lg kecewa tau…ko baca kat personal blog aku bro..di http://chot.wordpress.com/