RSS

Laporan Hokkaido 2007 Episod 2

Berkejaran dalam kesesakan ke Aomori Port setelah perut penuh dengan spagetti Vita 1.5 ,sememangnya halangan banyak menimpa kami.Parking sahaja kereta,lantas menuju ke kaunter bagi membeli tiket,setelah mengisi segala borang yang entah apa-apa.Dengan penuh keyakinan beratur dalam barisan.Namun yang tinggal hanya sia-sia.Tiket yang ada hanya untuk lusa sahaja itupun jika ada yang membatalkan perjalanan.

Mahu atau tidak,segala rangkaian rakan diigunakan bagi mengumpul maklumat untuk sampai ke Hokkaido.40 minit selepas menghubungi rangkaian rakan-rakan,perjalanan diteruskan.Hachinoe Port!Yokoso..2 jam pula perjalanan kesana mengikut maklumat.feri terakhir tepat jam 10.15 malam.Serta merta mengantuk aku dan Ajib hilang.Aku yang senantiasa bertindak sebagai navigator,Ajib sebagai pemandu berdesup memecut kesana.Hutan mana tidak dilalui,jalan buruk mana tidak dijejak.Akhirnya jam 8.45 malam kami selamat sampai.Malam itu,8jam perjalanan kami hanya memejamkan mata menghilangkan penat sebelum menyambut pagi di Hokkaido!

Tomakomai!Disini aku datang! 

Tiba di Tomakomai Port jam 7 pagi.Hentian pertama adalah SeicoMart,bagi mengalas perut.Dengan kuatnya pengaruh drama jepun Good Luck yang popular dengan ayat “i have,you have” , selamat berkenalan diucap kepada Chitose Airport!Jejak juga aku kesini.Tiada apa yang menarik disini melainkan hanya pengaruh drama.Putaran roda kereta seterusnya membawa kami berlima ke Sapporo,bandar utama di Hokkaido.Gusto adalah destinasi pertama sarapan jam 9 pagi.

1jam 30 dihabiskan untuk makan dan mengatur perancangan.Lantas jam 10.30 pagi,kelima-lima kami terpacak didepan Sapporo Dome,yang juga antara venue Piala Dunia 2002.Secara peribadi,aku teruja menjejakan kaki kesini.Biarkan yang lain,bagi aku hanya padang bola sepak yang mampu dipusing-pusing,dibawa masuk dan keluar dome itu sahaja yang mampu menerbitkan rasa puas!Mahu saja aku turun berguling disana,namun traktor pula sedang memotong rumput.Nasib baik!

Sapporo dan Ketam 

Melawat Hokkaido tidak akan lengkap jika tidak merasa ketam!memang Hokkaido terkenal dengan ketam.Taraba Gani paling best!Tapi, malang tidak berbau.Dek kerana Talib,melayang 4500 yen aku begitu sahaja.Sepatutnya aku makan 4 set ketam,tapi hanya mampu makan 1 set sahaja.Anda mampu makan ketam sahaja selama 90 minit,dengan saiz seekor ketam panjang sedepa,ditambah dengan ketam berbulu duri?

Odori koen pengubat hati terhadap ketam.Hokkaido Tower mengubat sedikit hati.berehat disana sambil membuat persediaan navi perjalanan seterusnya.Otaru,destinasi berikutnya.

 Bersambung di episod 3 …

  1. 4 Komen

  2. Oleh WaWa pada Aug 27, 2007 | Balas

    adoi. lama dah tak makan ketam. aiseh..

  3. Oleh duez pada Aug 27, 2007 | Balas

    Lama dah ke tak makan?Hari tu,pertama kali aku tengok dan MAKAN ketam besar giler..mmg best!!hehe
  4. Oleh amna pada Aug 28, 2007 | Balas

    arghhh!! ketam!! bes nyeh. sedepa pulak. super bes!!! mana la mau makan ketam murah…. rindu ketam! huhu

  5. Oleh admin pada Aug 29, 2007 | Balas

    Mahu ketam murah,sila bertandang ke Nemuro,Hokkaido!Lazat ketam bertambah dikala menyaksikan fajar terawak didunia!

Post a Comment