Laporan Perjalanan Hokkaido 2007
Tepat 9.48 malam,Sabtu,11 ogos 2007,golekan tayar kereta Toyota Altezza memulakan perjalanan menuju Aomori bersama 5 penumpang.Pemandu primer,Ajib disusuli oleh aku sebagai navigator manual dan 3 orang dibelakang sebagai tukang tidur terhebat diketuai oleh Paigo.Bonet yang penuh dengan beg-beg dan pelbagai lagi alat persediaan mengundang kerendahan kereta disokong lagi oleh berat peserta.
Destinasi pertama adalah Port Aomori.Dari sana kami akan meneruskan perjalanan dengan menggunakan feri ke Port Hakodate.Namun itu hanyalah perancangan semata-mata.Belum sempat keluar dari jajahan Yamagata,kami telah tersesat jalan.Dek kerana malam dan juga kurang tahu selok belok jalan kami telah membazirkan 2 jam untuk sesat sahaja.Yang pasti,perancangan untuk menaiki feri jam 7.30 pagi itu sudah menjadi kenangan kerana jam 7 pagi itu hanya baru singgah di 7 Eleven Akita.Masih ada lebih kurang 200km dari port.Pasrah dengan keadaan,kami menukar perancangan untuk naik feri jam 1030 pagi.
Setelah menyedut santapan paru-paru secukupnya bersama starbuck expresso Milano,kami meneruskan perjalanan.Dengan pengiraan yang dibuat kami harus sempat mengambil feri jam 1030 pagi.Sekali lagi kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan dari Hirosaki ke Aomori menjadi penghalang.Lalu,Circle K Hirosaki menjadi tempat persinggahan sementara menunggu Acai.Hangat summer mencecah 37 darjah memang menghangatkan lagi suasana.Kami mengambil inisiatif untukberehat seketika di rumah Acai,untuk menghilangkan sedikit penat setelah hampir 11jam didalam kereta.Disana kami menghilangkan penat buat seketika sambil bermain PS2.Namun yang membahagiakan adalah air kolah rumah Acai.Sememangnya “A” diberikan!Beberapa ketika selepas itu,Vita spagetti menjadi alas perut tengah hari kami.Dengan “1.5″ kami meneruskan perjalanan ke Aomori Port dalam jam 3.50 petang.
Sedikit intro kepada photo Hokkaido 2007




Bersambung ke episod 2..

2 Komen
Oleh WaWa pada Aug 26, 2007 | Balas
huhu. cantik gile gmb no 2. aku suka, aku suka.
Oleh duez pada Aug 27, 2007 | Balas