Mari kita tengok
Aug 6, 2007
Pagi Isnin,aku sudah tiada lagi kertas peperiksaan yang perlu diambil.Sekadar mengisi waktu yang ada dengan entri baru,sebagai memenuhi kelapangan.
Mari kita lihat satu gambar mengenai peta operasi sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur.Semua tahu,ada LRT Putra,KTM Komuter,STAR LRT,KLIA Ekspress,Monorail, dan sila tambah lagi jika ada yang aku tertinggal.Mula-mula,lihat dulu peta operasi sistem pengangkutan awam Kuala lumpur.

Peta Sistem Pengangkutan Awam Kuala Lumpur.(Tren)
OK! Sudah lihatkan? Dan adakah merasakan sistem ini sudah padat atau memadai bagi ibu negara kita untuk menampung keperluan?Jawapan anda,dialau-alukan.
Selepas itu,cuba anda lihat peta operasi sistem pengangkutan awam di Tokyo,ibu negara Jepun,dan ceritakan kepada aku perbezaan yang diperhatikan.

Ringankan jari untuk klik disini atau pun disini untuk melihat dengan lebih jelas dalam fail format pdf.
Aku tidak bermaksud apa-apa dengan perbandingan antara keduanya,cuma sekadar informasi kepada semua,jika ada yang masih belum mengetahuinya.Tiada niat menghina,menjatuhkan,merendah-rendahkan atau semua yang sewaktu dengannya.Hanya sebagai pengetahuan bersama, dan sekadar berkongsi dengan semua.
Kepada blogger rakyat Malaysia yang berada diluar negara, aku berminat untuk melihat peta operasi sistem pengangkutan awam ditempat kamu!Check it out dude,very interesting!!

5 Komen
Oleh kaSyah pada Aug 7, 2007 | Balas
so…kl nyer sistem ketinggalan 20 kali ganda ni.
haha
Oleh amna pada Aug 8, 2007 | Balas
inilah salah satu sebab kenapa keinginanku untuk ke tokiyo melonjak2!!
Oleh Azhar Ahmad pada Aug 9, 2007 | Balas
Saya baru teringat satu dokumentari mengenai asia di Bloomberg. Untuk pengetahuan anda semua, Kuala Lumpur adalah antara ibu negara terkecil di Asia! Percaya tau tidak, bukalah atlas dunia….
Nama | Saiz | Populasi
Tokyo | 2,187.08 km² | 12,570,000
Kuala Lumpur | 243.65 km² | 1,800,674 (LRT ERL)
Singapura | 6,369 /km² | 4,553,009 (tiada ibu negara)
Jakarta | 661.52 km² | 8,792,000
Manila | 636 km² | 11,289,368
Bangkok | 1,568.7 km² | 7,160,522 (LRT MRT)
Hanoi | 921 km² | 3,145,300
Naypyidav (Ibu Negara Baru Myanmar sejak 6 Nov 2005) | 4600 km² | Nil
Vientiane | Nil | Nil
Phnom Penh | 376 km² | 2,009,264
Bandar Seri Begawan | 100.36 km² | 46,229
Malah ia lebih kecil dari Kuantan, Pahang - 2,960 km²
Maka adalah tidak logik dan adil jika dibandingkan dengan Tokyo, ibu negara paling padat penduduknya dengan Kuala Lumpur. Dan memang logik sistem LRT di KL bukan?
p/s semua ini dari melihat-lihat di wikipedia
Oleh admin pada Aug 9, 2007 | Balas
Oleh Amy pada May 6, 2008 | Balas
Aku hairan… Mengapa u akan blog tentang topic ini…
Tapi maklumat tu memanglah pertolongan yg agak besar bagi menyiapkan assignment saya~~ Hehe… thank u sajalah!