Ramadhan Menjelma Lagi
Sep 13, 2007

Berlalunya Ramadhan tahun lalu dengan begitu cepat tanpa disedari.Seolah olah seperti sebulan yang lepas walaupun sudah setahun berlalu.Sungguh pantas pusingan waktu berputar tanpa pedulikan kita warga manusia.Inilah tanda-tanda akhir zaman bagi kita.
Hari ini 13 September 2007, Ramadhan muncul kembali dengan 1001 kelebihan ,ganjaran , serta kurniaan Allah swt kepada kita.Ambillah peluang yang diberi ini dengan sebaiknya kerana mungkin ini Ramadhan terakhir untuk dinikmati sebelum roh bercerai dari jasad sebelum ketibaan Ramadhan lagi.Tingkatkan amal ibadat, bersihkan jiwa dari segala kekotoran semoga ia menjadi satu rutin dalam riwayat kita bukan sekadar bila Ramadhan menjelang tiba.
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak dari aku kepada semua yang mengunjungi Voices of Me semoga segala urusan dipermudahkan olehNya.Jari disusun tanda mohon kemaafan andai kata terkasar tutur kata selama aku berada dialam maya.Ia hanyalah kelemahan aku sebagai manusia biasa.
Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua saudara saudari Islam sedunia.Moga dilimpahi rahmat dan kurnia dari Allah swt.

2 Komen
Oleh fizz pada Sep 13, 2007 | Balas
aku pon memohon maaf kalau ada salah dan silap …selamat Berpuasa
Oleh cAnAz pada Sep 13, 2007 | Balas
selamat menyambut Ramadhan to you..(bestnya boleh pergi bazaar ramadhan….muehehe)