Lelaki dan wanita menjelang raya
Oct 2, 2007

Sudah hampir masuk ke hari 10 terakhir puasa tahun ini.Bermakna hari raya aidilfitri pun sudah makin menjelang.Wah!sah Kuala Lumpur sedang bergegar dengan manusia yang bagi aku lebih ramai dari biasa bila tiba Ramadhan.
Wanita
Jika di entri yang lepas aku menulis mengenai lelaki gelap lebih memikat hati wanita, kali ini aku cuba untuk membuat entri yang aku rasakan kene dengan masa serta aktiviti yang sedang hangat di Malaysia.Apa lagi kalau bukan membeli belah raya.Mungkin aku tidak berada dalam keadaan itu sekarang tapi mari kita cuba katakan mengenai hal ini.
Wanita.Sememangnya kebanyakkan wanita ini amat suka membeli belah..kebanyakkan dan bukan semua ya!Tetapi jika dikira dari peratusan berbanding lelaki,aku rasa wanita jauh meninggalkan lelaki.Kenapa wanita suka shopping berbanding lelaki?
Aku pernah diberitahu oleh seorang rakan(wanita), bahawa bagi beliau membeli belah itu seolah olah boleh menenangkan perasaannya.Apakah yang dimaksudkan dengan tenang itu pun aku tidak mengerti.Ada pihak wanita yang sudi memberitahu,silakan.Ramai lelaki disini inginkan penjelasan.Ha ha ha!Tetapi aku merasakan bahawa ketenangan yang dimaksudkan itu adalah suatu perasaan lega selepas mendapat apa yang di kehendaki.Bukan begitu?
Satu lagi fenomena yang masih belum terungkai oleh fikiran aku.Aku rasa ada antara yang membaca entri ini pun pernah rasa kot.Ok!Wanita jika ke tempat membeli belah kadang kadang bukan membeli pun.Hanya sekadar membelek belek,cuba sana sini, tanya “cantik tak yang nih?”,“ok ke kalau i pakai nih?”…Ada antara semua yang pernah lalui kan.Yang lebih lagi,bukan satu kedai macam tu,kalau boleh satu shopping mall tuh nak try.Ha ha ha!Kenapa naluri wanita sehebat itu,ada yang boleh memberikan jawapan.Dipersilakan.
Sempena dengan raya aku juga sudah lama memerhatikan gelagat wanita membuat persiapan raya terutama mereka yang masih muda.Baju raya mau sampai 4 5 pasang!Ya ampunn..apa nak buat dengan banyak tu.Aku selalu bertekak dengan adik adik pasal baju yang banyak itu.Aku tak mengerti.adakah satu keperluan atau sekadar mahu melaram.
Lelaki
Semestinya lelaki adalah kool!Siapa sokong aku sila bangun dan tepuk tangan!
Selalunya lelaki hanya akan beli sepasang baju melayu dan sehelai seluar jeans. Dan ada ramai juga antara lelaki yang lebih gemar membeli belah di kedai pakaian terpakai atau lebih dikenali sebagai bundle.Awas wahai lelaki sekalian,ada wanita yang tidak suka kepada pakaian terpakai.Sila berhati hati.Ringkas sahaja selalu nya kalau persiapan lelaki.
Tetapi aku tidak menafikan yang ada juga antara lelaki yang suka membeli belah melebihi wanita.Ada…ada dan memang ada!Yang pasti bukan aku.Ha ha ha
Aku lebih senang membeli pakaian di bundle sahaja. Sebab disana aku mempunyai banyak pilihan dan juga banyak barang barang rare dan juga limited edition.Bundle Edition!ha ha ha..Cukup dengan sehelai seluar jeans dan t shirt,baju melayu sepasang serta kain pelikat.Itu saja keperluan aku dipagi raya.Tiada yang kompleks hanya yang simple sahaja.Suka atau tidak itu aku.Yeahh!!
Persiapan kau semua bagaimana?Adakah berjalan mengikut perancangan belanjawan atau sudah terbabas?Walau oun masih awal juga (kot?),dikesempatan ini juga aku ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ,Maaf Zahir & Batin kepada semua yang sudi mengunjungi ruangan aku menulis ini.Tanpa sokongan dan kunjungan kau semua,tiada bermakna bagi aku.Sila bangun dan tepuk tangan sekuat mungkin untuk diri sendiri!
ps:Tiada orang pun nak hantar kad raya kat aku.Waaa..!!

9 Komen
Oleh arazak pada Oct 3, 2007 | Balas
raya dah dekat. nak balik kampung adik dan abang tiada dikampung, selepas mak dan ayah meninggal… maka duduklah aku disini seorang diri waaa!!!
http://www.enai10.com
free submit link directory
Oleh od3n pada Oct 5, 2007 | Balas
selamat hari raye bro, haha. maap zahir batink~
Oleh meri pada Oct 5, 2007 | Balas
sama la kita arazak..cuma sib baik la kat kg masih ada abang..boleh la balik raya kat kg jugak
Oleh dai pada Oct 6, 2007 | Balas
lelaki & perempuan
majoriti lelaki sukekan bola. ade juge wanita yg sukekan bola.
bola & membeli-belah =kepuasan.
masing2 mahu kepuasan.
selamat hari raye.
Oleh FM pada Oct 8, 2007 | Balas
guys always want to look cool rite..
but girls are not..
we should look hot, shouldn’t we?
Oleh mimi pada Oct 10, 2007 | Balas
aku suke shopping…tp sejak dtg sini aku xboleh nak melakukan aktiviti kegemaran aku tuh..bukan sebab xde duit…tp sbb kt sini xde tempat utk aku bershopping…aahh…xsabar nak malaysia…nk shopping puas2! haha
Oleh adib. pada Oct 12, 2007 | Balas
haa..aku setuju kat part lelaki…simple..haha..aku ingat nk cari suar jean levis siam pny la..baru rm45-60..rr..bundle area alor setar aku xjalan2 lg..ermm…itu je..bundle best…
Oleh xybundle pada Aug 26, 2008 | Balas
bundle pilihan yang terbaik… nak yg murah ada, yg mahal pun ada… hehehhee…
hidup bundle…!!!
xybundle’s last blog post..Harga pakaian bundle…
Oleh maya pada Aug 31, 2008 | Balas
Er..kat sini boleh iklan cookies raye tak?