Manusia bergelar sahabat
Oct 25, 2007

Sebuah persahabatan tiada terbina dalam suatu masa yang singkat.Memakan masa yang lama dan memerlukan pengorbanan.Tiada suatu jalinan persahabatan yang terbina dalam tempoh masa suatu hari.Sahabat tidak sama dengan kawan.Ada perbezaan.
Jalinan persahabatan tiada berlaku secara otomatis,memerlukan suatu proses yang panjang laksana menikam besi.Namun itulah yang bakal menajamkan lagi nilai sesuatu persahabatan.Tidak ada persahabatan yang suka sepanjang masa,kadangkala disulami dengan pelbagai rencah kehidupan yang sekali sekala mengundang perkelahian.Namun inilah yang menghiasi suatu keindahan persahabatan.
Warna warni suatu jalinan ini bakal menjadikan hubungan yang lebih matang.Suka duka,diperhati dikecewakan,dihibur disakiti,dibantu ditolak,didengar diabaikan dan pelbagai lagi 1001 perkara,tetapi tiada pernah ia sengaja dilakukan dengan niat untuk membenci.
Ingat pada seseorang yang pernah menjadi sahabat anda?Mungkin bagi mereka tidak,tapi bagi kita dia seorang sahabat.Tiada terbatas untuk jantina.Dia senantiasa ada dikala yang diperlukan.Kerinduan terhadap seorang yang bergelar sahabat bakal menjadi sebahagian dari kehidupan.Tiada persahabatan yang diawali dengan sikap egoitis.Ya!Setiap orang pasti memerlukan sahabat,tapi tidak semua yang mempunyai nya.Beruntunglah jika anda mempunyai sahabat dan jagalah selama mungkin kerana ada juga yang telah mempunyai sahabat namun berakhir ditengah jalan dek kerana pengkhianatan ditengah perjalanan.
Kepada yang diluar sana yang menganggap aku sahabat,terima kasih aku ucapkan kerana dengan hadirnya beberapa watak bergelar sahabat,aku masih tidak kesunyian walau kita sudah jauh terpisah.Terima kasih semua!

5 Komen
Oleh fizz pada Oct 26, 2007 | Balas
ayat2 yang ko gunakan memang dasatla :)..selain family, sahabatlah yang banyak mewarnai kehidupan kita, dan sesungGuhnya hidup akan lebih bermakna sekiranya sahabat itu sahabat sejati…
Oleh catzer pada Oct 30, 2007 | Balas
oit..kita sahabat ke..??ye kita sahabat dunia akhirat tau..pinjam kan aku d70s ko, kitakan sahabat..hehehe
Oleh duez pada Oct 31, 2007 | Balas
Oleh beckzaidan pada Oct 31, 2007 | Balas
oh, ko mmg sahabat aku wahai budak malaysia kat jepun. ahahhaa…
peace…
Oleh encik su pada Nov 1, 2007 | Balas
Walau ape pun…family first