RSS

Pesta Bola Sepak Gifu 2007

Semalam 27 Oktober 2007,telah berlangsungnya acara tahunan bagi warga penuntut Malaysia di Jepun,Pests Bola Sepak Gifu 2007.Berlangsung dalam keadaan cuaca yang kurang baik kerana dibasahi hujan sejak dari pagi sedikit sebanyak memberi kesan terhadap permainan.Namun dengan jayanya telah diadakan.

Aku salah seorang dari pemain import untuk pasukan Gifu,telah berjaya merangkul sebutir medal kejuaraan.Bagi pasukan Gifu sendiri ini adalah kejayaan pertama merangkul tempat pertama digelanggang sendiri.Dan,secara peribadi aku,ini juga adalah medal kejuaraan pertama sejak aku menyertai kejohanan bola sepak disekitar Jepun.Tahniah!Apa pun,Gifu 2007 mungkin Gifu yang terakhir untuk aku.Terima kasih Gifu!

Sekarang aku berehat seharian di bilik seorang rakan di Kobe untuk menghilangkan lenguh seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Kitakyushu pada malam ini.Penat weh!

Keseronokan bermain tidak dapat mengatasi kegembiraan serta kerinduan kepada para rakan rakan sahabat handai yang sudah lama tidak berjumpa.Ini adalah perkara yang paling utama bagi aku.Ya,bukan mudah untuk berjumpa selalu.Ada antara rakan rakan yang sudah 4 tahun tidak bertemu muka.Maka banyak lah cerita yang dibualkan bersama dan pasti,pasti dan pasti gelak ketawa adalah watak utama semua yang hadir disini.Ramai juga yang sudah menjadi kenalan baru aku.Yeah!Bertambah lagi rangkaian para kenalan aku.Ya,aku sememangnya seorang yang gemar berkawan.Mari menjadi rakan kenalan aku sekarang juga.Ha ha ha…

Sudah lumrah kepada setiap pertemuan adalah permulaan perpisahan.Ntah bila lagi akan ketemu,hanya Dia yang tahu.Hanya doa serta semangat yang mengiringi setiap antara kami,semoga semua berjaya belaka.Terima kasih semua rakan rakan,sahabat sahabat serta semua yang lain,tidak lupa kepada semua warga Gifu.Terima kasih!

  1. 5 Komen

  2. Oleh SangPelangi pada Oct 30, 2007 | Balas

    weh.. aku ade la hari tu.. ko tak prasan ke??
    Gifu gadoh ngan Nagaoka.. gile ah.. member aku kene slide ngan team Gifu..
    Aku tak main utk team Kosen.. aku jadi arranger jek..haha..

  3. Oleh duez pada Oct 31, 2007 | Balas

    hahaha…aku main ngan team gifu la.Nagaoka kalah 2-0 dengan gifu.Dan,dua dua gol tuh aku yang score!!hahaha..series tak perasan ko…
  4. Oleh encik su pada Nov 1, 2007 | Balas

    Friends network.hohohohoh

  5. Oleh razifmustapha pada Nov 6, 2007 | Balas

    gifu tu ape maksud sebenarnye?

  6. Oleh duez pada Nov 7, 2007 | Balas

    gifu tu nama tempat kat sini…

Post a Comment