Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007
Oct 11, 2007

Sudah lama aku tidak membuat sebarang kemaskini lantaran kekekangan masa sesudah semester baru bermula.Terima kasih diucapkan kepada mereka yang tidak jemu bertandang kesini dengan harapan ada sebrang update yang mungkin menarik bagi mereka.Maaf semua!Aku kekurangan masa sejak dua menjak ini.
Semalam ramai yang menyaksikan pelancaran roket Soyuz yang membawa seorang angkasawan pertama Malaysia ke ISS.Sesungguhnya Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bakal menjadi idola bagi anak muda untuk menggapai impian menjadi angkasawan juga.Syabas dan tahniah aku ucapkan kepada Dr. Sheikh Muszaphar Shukor daqn kepada semua yang terlibat dalam penghantaran angkasawan pertama Malaysia.Yeah,Malaysia Boleh!
Tinggal 2 hari saja lagi sebelum bulan Ramadhan berlalu pergi untuk tahun ini.Adakah mungkin akan bertemu lagi ditahun hadapan tidak siapa yang tahu.Dengan berakhirnya Ramadhan,Syawal menjelang lagi.Aku pasti Kuala Lumpur sudah hampir kosong dengan kenderaan yang saban hari penuh menghiasi jalan jalan di tengah ibu kota.Ya,Kuala Lumpur hanyalah tempat mencari rezeki dan bukan tempat yang menjadi pilihan untuk menyambut Aidilfitri.Ingat itu Kuala Lumpur!Kau hanya persinggahan sementara saja,tidak lebih!
Aku dengan kesempatan yang masih ada ini,ingin merakamkam ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.Segala ketelanjuran kata,ketidak puas hati an dan apa jua bentuk kesalahan harap dimaafkan.Itu hanyalah kelemahan dalaman aku.Kepada semua yang menyokong aku selama ini,yang tidak putus putus memberikan semangat serta galakan Salam Lebaran untuk semua ya.Aku hanya boleh melihat dari jauh kegembiraan semua di hari lebaran.Ya!Sudah pasti ini kali ke 4.InsyaAllah tahun depan aku akan berada dalam sambutan Syawal kembali.
Akhir kata sebelum entri terakhir sebelum syawal ini melabuhkan tirai,Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua muslimin dan muslimat terutama di Malaysia dan khususnya kepada yang tidak jemu berkunjung kesini.Berhati-hati semasa memandu,ingatlah orang tersayang.Sekian bingkisan seorang perantau buat semua.
ps: Lebuh Raya KL-Karak pastinya berjaya mengalahkan kesesakan lalulintas di tengah bandar Kuala Lumpur buat masa seminggu ini.Yeahh!

13 Komen
Oleh syia pada Oct 12, 2007 | Balas
selamat hari raya + maaf zahir batin jugak ye..
kat sana main bunge api tak??
Oleh docfaisal pada Oct 12, 2007 | Balas
Selamat Hari Raya di perantauan…
Oleh adib. pada Oct 12, 2007 | Balas
salam aidil fitri jugak buat kamu…
Oleh skycrew pada Oct 12, 2007 | Balas
aku juga nak ucapkan selamat hari raya kepada ahmadridzuan kerana berada di dalam blogroll aku.
sekian.
Oleh admin pada Oct 12, 2007 | Balas
Oleh meri pada Oct 12, 2007 | Balas
Selamat Hari Raya Aidilfitri Duez..
Mudaha-mudahan tahun depan boleh berayo kampong..
Oleh zaizen pada Oct 13, 2007 | Balas
Selamat Hari Raya Maaf Aidilfitri dr sy :).
Walaupun anda beraya di perantauan,jg bsedih. ada ahli keluarga yg sentiasa mendoakan anda.
Oleh senok pada Oct 14, 2007 | Balas
slamat hr raya bro…ampun maaf jgk dr tuan hamba ini…
Oleh soulof99 pada Oct 15, 2007 | Balas
Selamat hari raya.
Wah.. ada logo PKS (Partai Keadilan Sejahtera) tu..
Oleh admin pada Oct 15, 2007 | Balas
@zaizen–>Selamat hari raya untuk saudara juga
@senok–>Selamat boss..no hal kawe
@soulof99–>mana logo tuh?xtau aa plak..haha
Oleh mixterr pada Oct 15, 2007 | Balas
Selamat Hari raya maaf zahir dan batin. Semoga bergembira beraya di perantauan!
Oleh megat pada Oct 16, 2007 | Balas
Selamat hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Berhati-hati di jalan raya!
Oleh od3n pada Oct 22, 2007 | Balas
salam aidilfitri. maaf zahir batin.