RSS

Selamat Menyambut Hari Lahir

Esok 23 Oktober 2007,merupakan satu tarikh yang memang sangat bermakna setiap tahun.Yeah!Aku akan genap 24 tahun pada esok hari.Selamat Hari Lahir ke 24 untuk aku!Walaupun tiada sebarang parti untuk sambutan,tapi aku tetap gembira.Masuk tahun ini juga kali ke 4 aku menyambut kedatangan hari lahir di sini.Tahniah untuk aku!

Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi ‘Aku’,
Ssselamatt Haarii Jjadiiii…..

Terima kasih diucapkan kepada rakan rakan sahabat taulan yang mengucapkan selamat kepada aku.Semoga semua juga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.Dengan ini juga bermakna aku perlu lebih matang dalam menjalani hidup serta segalanya.InsyaAllah.Semoga aku berjaya.

Semalam juga berlangsung perlawanan yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia iaitu MyTeam2 menentangpasukan muda Indonesia.Kalah 2-0.Bagi aku mungkin sedikit menduka citakan terutama pada awal perlawanan bermula.Kucar kacir,gemuruh,kalut,kurang komunikasi serta persefahaman dan sebagainya jelas diperlihatkan oleh MyTeam2.Buktinya,gol kedua memperlihatkan betapa kekurangan komunikasi serta persefahaman bakal membawa padah.

Namun,ada sesuatu yang bakal dihasilkan dari perlawanan yang disaksikan ramai itu.R Mohan,Khairol Nizam Hazir bagi aku cukup mendapat perhatian para pencari bakat.Larian yang pantas seperti lipas kudung yang dilakukan oleh Mohan memang diperlukan oleh pasukan negara.R Mohan,jangan risau aku tahu kau akan menyinar sedikit masa lagi.Khairol Nizam,bakat yang bagus.Kuatkan sedikit fizikal dan keyakinan yang kau boleh dribble bola untuk lepas 2 pemain pertahanan.Aku tunggu kau menyinar juga nanti.

Apa pun semangat yang ditunjukkan memang aku kagumi.Cuma satu saja,jika semua sudah menempa nama diarena bola sepak tanahair nanti,jangan lupa dari mana datangnya kamu.Usah bongkak memandang langit.Kerana kelak sungkuran itu menjelang tiba.Syabas MyTeam2!

p/s: kepada sesiapa yang nak bagi hadiah tu,anda sememangnya dialu alukan,dan saya berbesar hati untuk menerima dengan tangan terbuka.he he

  1. 13 Komen

  2. Oleh megat pada Oct 22, 2007 | Balas

    Selamat Hari Jadi, semoga bertambah rezeki dan dipanjangkan umur

  3. Oleh abe yie pada Oct 22, 2007 | Balas

    slamat hari jadi..moga dipanjangkan usia sihat walafiat..panjang umur saja sakit sepanjang masa pun xde guna gak..hehe..

    a yie balik raya baru ni g main mak yong di bukit durian lalu kot rmh demo..tringat jgk ko demo..hehe

    abe yie@arjunasukma

  4. Oleh syia pada Oct 23, 2007 | Balas

    selamat hari jadi yek.. kweng..kweng.. dh tue dh hehe

  5. Oleh FM pada Oct 23, 2007 | Balas

    otanjyoubi omedetou…

  6. Oleh od3n pada Oct 23, 2007 | Balas

    selamat hari jadi. semoga panjang umur dan murah rezeki. kalo ade rezeki lebih, hulur-hulur la ye..

  7. Oleh yattz pada Oct 23, 2007 | Balas

    wish u a wonderful birthday, due~! heppi twenti-for years young.. :) take care darls~

  8. Oleh yusRina pada Oct 24, 2007 | Balas

    welcome to the club! :P

  9. Oleh kodin pada Oct 24, 2007 | Balas

    heppy bday bro… semoga panjang umur murah rezeki.. :)

  10. Oleh mohd zamri pada Oct 24, 2007 | Balas

    selamat hari lahir..
    may goodbless u..
    ceh..wish kok org puntih nah
    hehehe

  11. Oleh admin pada Oct 24, 2007 | Balas

    Terima kasih buat semua!!
  12. Oleh fizz pada Oct 26, 2007 | Balas

    terlambat wish..hehe epi belated besday :)

  13. Oleh mimi pada Oct 28, 2007 | Balas

    encik duez…sowi laaa…aku xtau bufday ko bile…maka agak terlewatlah wish aku ini…tp xpekan..yg penting ikhlas…hihih…selamat menyambut ulang tahun ke-24…24 dh ko ye??

    “celebrating a birthday means one more year closer to death…”

    moga usia kamu dan rezeki kamu diberkati-Nya..amin~

  14. Oleh mohdismail pada Nov 3, 2007 | Balas

    selamat hari tua Duez… ngeh3.. ko bangka 2 tahun dari aku rupanya.. ;p

    semoga dipermudahkan untuk beribadat & dilapangkan masa sentiasa :)

Post a Comment