RSS

Tiada pegangan

Kisah ini adalah sudah agak lama sebenarnya.Kalau tak sila aku dalam 2 tahun lepas berlaku.Waktu aku mengambil kelas bahasa inggeris yang diajar oleh seorang sensei Jepun.Teks adalah sebuah buku dwi-bahasa Inggeris Jepun.Dan pada masa itu,silibus kami adalah mengenai agama atas dunia.

Hendak di jadikan cerita,disebabkan aku dan juga kawan aku berbangsa Melayu,beragama Islam,dan hanya 2 orang ini sahaja warga asing untuk tahun itu.Dalam kelas itu hanya ada 4 orang,2 Melayu,2 Jepun dan seorang pensyarah tadi.

Bersembanglah kami pasal agama masing masing.dan disebabkan masa itu Jepun sebok dengan perancangan hendak mencegah terroris,maka Islam menjadi bahan.

Lalu aku diajukan persoalan.Mengapa orang Islam begitu ganas sampai sanggup bertindak seolah olah diluar kawalan?(merujuk kepada hal semasa di Iraq dan serangan WTC). Kamu pun macam mereka juga?

Tanpa mahu melibatkan perkara yang berlebihan lagi aku hanya menjawab,”Islam itu tiada menyuruh berbunuhan sesama sendiri umat manusia.Jika ada yang macam itu,adalah kelemahan dari segi kebolehan mengawal emosi diri dan juga disebabkan propaganda yang dihebahkan.Tiada agama yang menyuruh penganut mereka berbunuhan.Tetapi semua berpunca dari sikap individu yang lemah.

Aku nampak 2 orang itu seakan tidak berpuas hati dengan apa aku cakap,sebab aku rasa mereka nak aku bagitahu atau mengaku yang penganut Islam itu ganas.Aku masih sejuk,dan selamba.

Ditambah lagi yang berkaitan agama Islam.Awak makan lembu?ayam?kambing? ..Makan.Sedap sangat tuh kalau dimasak lembu ,ayam dan kambing.sengih je aku jawab.Lantas,”Kenapa nak makan lembu ,ayam atau kambing kena sembelih dulu?“Aku jawab,”itu adalah salah satu ajaran Islam untuk umatnya.Kalau kita sembelih ,nanti semua darah dari dalam badan binatang sembelihan itu akan keluar.Dari situ ada satu elemen untuk kesihatan badan manusia.”Dia tanya lagi.”Tak ke perbuatan menyembelih binatang itu menyakitkan ?.”..Ya!sakit,tetapi ada balasan untuk binatang itu yang dijadikan binatang sembelihan.Dia nampak sakit disini dan bahagia disana.“Aku jawab begitu sebab aku kurang pasti.Aku mula tak puas hati sebab dia dah mula nak attack aku baekkk punya.Aku bantai dia satu soalan.”Kami makan lembu ,ayam dan kambing hanya jika kami tahu dan yakin disembelih.Bukan bangkai.Kamu tahu lembu ,ayam,kambing yang kamu makan itu mati macam mana?Kalau lembu mati tepi jalan pun kamu tak tahu kan?“..Diam je dia.

Aku tanya dia balik.”Saya agama Islam.Sensei agama apa?Buddha?Kristian?Shinto?” Dia jawab Buddha.Aku tanya lagi,”kenapa kalau Jepun kawin ikut Kristian,kawin kat gereja?Dan apsal hujung tahun pegi kuil sembah nak dapt kebahagiaan?Dan kenapa bila mati ada yang ikut Shinto,ada ikut Buddha?Mana satu anutan Jepun?” Tersandar sambil berkerut kene soalan tu kat aku.

Ada dalam seminit lebih senyap sunyi.Lepas tu baru dia nak jawab dengan muka pasrah.Kami sebenarnya boleh dikatakan tiada pegangan tetap.Aku masuk lagi sikit,”Dah kalau takde pegangan jangan nak soal kami macam kita ada buat salah.Hormat sikit agama lain.

Lepas pada tu aku dah tak larat nak bertahan sebab masa tuh dah pukul 8 malam.Bukak puasa makan gula gula mint dalam poket je.Aku mintak diri kat dia untuk gi makan bukak puasa.nanti kalau nak bercakap pasal benda ni lagi,kita aturkan masa.

Benda macam ini aku rasa kebanyakkan budak yang belajar di negara yang minoriti nya bukan penganut agama islam mengalaminya.Bersiap sedialah kepada mereka yang bakal keluar negara yang mempunyai minoriti penduduk beragama islam.

Aku masih kekurangan.Apa sepatutnya aku beritahu,sila tuliskan dibawah.Adios Amigos!

  1. 5 Komen

  2. Oleh senok pada Nov 23, 2007 | Balas

    takbir..allahuakbar…

    ok dah tue ustaz due jawab..kalu lecturer tue tak puah hati jgk..ajak dia g dgr tok guru ngajar tiap2 hari jumaat ;)

  3. Oleh kodin pada Nov 24, 2007 | Balas

    dorg tuh bukan tahu sgt dgn agama Islam. tahu mempersoalkan je, tp nk memahaminya, xmo plak.. bagosla ko dpt lawan balik smp die berkerut dahi. hahaha..

  4. Oleh mimi pada Nov 24, 2007 | Balas

    baguslaa jawapan ko….klu aku kne tanye cmtu mesti aku terkial-kial nak jawab…hoho…tp..klu lecturer tu nak tahu Islam tuh mcm mane die patut stadi apa yang Islam ajar dan bukannye stadi apa yang muslim buat…xsemua muslim tuh mengikut semua yang disyariatkan oleh Islam…lagi terok ade sesetgh org hanya Islam pada name…tp perangai lg terok dr org bukan Islam..sesetgh dan bukan semua…but there goes the generalization..people nowadays tend to generalise too much..and the worst part is that people often only see the worst part of a person..sbg contoh, bile satu kumpulan muslim bertindak ganas semua org Islam dilabel sbg pengganas..padahal ramai je org Islam laen yg membuat kebajikan..tp selalunye for all the good things you’ve done to others, everyone seems to be blind for the moment, and very few people will notice it, and even fewer will actually remember it..realiti kehidupan mmg camtu…jd adalah menjadi tanggungjawab kita utk tunjukkan pada org2 yg xtau mcm mane Islam yg sebenarnye..oops..panjang plak komen aku…hoho

  5. Oleh meri pada Nov 28, 2007 | Balas

    kemah demo..biar gi terngango sensei mung tuh..

  6. Oleh merah pada Dec 4, 2007 | Balas

    Ehm. Bagus apa jawapan ko tu. Tersenyap gak ko punye sensei. Hehe. Dulu pun aku jawab bende sama bila ada pensyarah oversea tanye aku kat Sabah. tapi takdelah sampai terduduk. Just senyum bodoh je dia lepas tu. Malulah tu..

Post a Comment