RSS

Rangkuman 2007

Lelaki Ini-Anuar Zain

[audio:http://www.ahmadridzuan.com/Anuar_Zain_-_Lelaki_Ini.mp3]

31 Disember 2007.

Hari terakhir bagi tahun 2007.Tiada muncul kembali 2007 buat selama lamanya.Sedih? Gembira? Kecewa? Hilai tawa atau tangisan?Mana satu yang paling banyak menghiasi warna warni hidup tahun 2007. Ahh!

Memulakan riwayat blog ini tatkala Februari lalu, bersendirian melontarkan apa saja yang lalu difikiran.Tiada sesiapa yang melawat atau membaca entri.Makin hari bertambah.Rupa,warna,lenggok dan sebagainya ditukar beberapa kali sebelum kekal dengan keadaan sekarang.Kalau dulu diawal kelahiran voices of me, 0 orang yang datang.Tiada komen lontaran respon.Namun sekarang,terima kasih kepada semua yang sering datang setiap hari mencari secebis tulisan dari aku.Engkau semua yang menghidupkan voices of me!Jutaan penghargaan dari aku.

Awal 2007 juga menyaksikan kejatuhan aku sebagai seorang manusia.Pelbagai macam benda datang menimpa.Berat seyy!Tak siapa yang tahu melainkan beberapa yang mereka yang rapat.Aku menyepikan diri dari voices of me untuk seketika.Bahkan dari dunia yang nyata sekalipun.Ada 3 orang sahaja yang bersungguh mencari dimana aku.Kepada mereka yang berkenaan,aku hargai apa yang kau semua berikan.3 bulan sepi tanpa apa apa.

Tahun 2007 juga menyaksikan ramai diantara para sahabat sudah mulai meninggalkan Matahari Terbit.Mengatur langkah menyusun gerak ke suatu alam baru dimana bakal menguji segalanya sehingga tersimpan rapi di liang lahad.Gembira berbaur sedih.Aku bila?Tiada jawapan konkrit untuk itu.Masih samar.Apa sekalipun selamat maju jaya kepada mereka dan untuk aku juga.

Berjalan aku keserata Matahari Terbit sejak Mac.Jauh!Tapi mengasyikan.Terubat sedikit apa yang masih belum dibarut.

Acara terbesar bagi aku untuk 2007,tiada lain, “Trip Hokkaido 2007″.The Best Ever!Amacam Ajib?Paigo?Shahnaz & Dell?Betul ke aku kata.Aku benar benar suka,happy dan …apa apa sajalah!Aku mencapai suatu matlamat pada masa itu.Berjaya menangkis serangan anasir anasir yang tidak perlu ada disekitar hidup yang sedang aman damai.Yeahh!

Suatu konklusi yang dapat diberi sepanjang 2007,aku berjaya melawan kesunyian.Setahun kesunyian tanpa sesiapa.Tetap teguh berdiri walau hampir….hampir jatuh sangat sangat.Biarkan itu semua memberi suatu pengajaran membina hidup.Dan kerana peristiwa itu juga aku menjadi aku yang sekarang.Disini aku menulis, mengurangkan apa yang berbuku.Tidak semua cukup hanya sedikit sebanyak sudah memadai.

Dipertengahan,hanya acara menjejak pelusuk Matahari Terbit saja.Menghampiri hujung,beberapa hal menjadikan aku lebih “besar” dalam menangani suatu perkataan “HIDUP”.Faktor paling berpengaruh adalah dia.Selamat aku ucapkan padanya.Mungkin tiada ruang waktu lagi untuk kita bertemu.Habiskan saja ketika itu.Dan ketika sedang menulis ini aku baru saja menyiapkan beberapa kerja membuat banner bagi pelanggan.Ini adalah update terbaru untuk semua.

Bermula 2008,jemputan jemputan majlis sudah diterima.Terima kasih kerana menjemput.Namun buat semua yang menjemput,maaf kalau tiada beroleh menghadirkan diri nanti.Kekangan masa,jarak dan kewangan membataskan semuanya.Kepada yang bakal menamatkan zaman solo pada 2008,Selamat Pengantin Baru diucapkan.Semoga kekal hingga ke akhir hayat.Aku?Bila?Tunggu saja sekeping kad wangi dari aku nanti,walaupun masih tiada dalam perancangan.

Sebelum ingin mengakhiri entri terakhir untuk 2007,sekali lagi terima kasih tidak terhingga buat semua yang menhidupkan voices of me.Tiada apa yang mampu diberi selain penghargaan untuk semua.Dari Jepun,Malaysia,Indonesia,United Kingdom,Amerika,Egypt,Korea,Australia,Jerman,dan serata pelusuk dunia yang pernah menerjah kesini, “Selamat Tahun Baru 2008!”.Selamat berjumpa lagi di tahun lain.

  1. 13 Komen

  2. Oleh yunie pada Dec 31, 2007 | Balas

    happy new year!!
    live life to the fullest…
    gambatte!!

  3. Oleh admin pada Dec 31, 2007 | Balas

    Happy New Year Yunie!!!Thanks for the words.Gambarimasu wa!
  4. Oleh cAnAz pada Dec 31, 2007 | Balas

    betul!! hokkaido 2007 is the best!! tido kat carpark..kesejukan kat wakkanai……lalala

  5. Oleh yattz pada Dec 31, 2007 | Balas

    ape ni..lagu Lelaki Ini..tu lagu utk ga*y la..haha

  6. Oleh yattz pada Dec 31, 2007 | Balas

    “tunggu saja sekeping kad wangi” kad wangi?? perlu ke wangi? bau ape? dior? lancome? davidoff? ke minyak atar? huhu~

  7. Oleh admin pada Jan 1, 2008 | Balas

    @canaz–>tetap paling best!

    @yattz–>dior pon boley saja!haha

  8. Oleh mala pada Jan 1, 2008 | Balas

    selamat menyambut tahun baru…

  9. Oleh senok pada Jan 2, 2008 | Balas

    bos..selamat maju jaya utk thn 2008…

  10. Oleh syia pada Jan 2, 2008 | Balas

    selamat tahun baru.. ;) nanti klau nk mintak tlg pasal writing ni YM x pun sms.. x pun email erk.. apsal la stop service sms :( aaa..

  11. Oleh catzer pada Jan 9, 2008 | Balas

    thn ini,aku nak main sorok2 dr semua org..muahaha

  12. Oleh raira pada Jan 11, 2008 | Balas

    heppi new year senpai!! *Wink*

  13. Oleh apihmede pada Jan 14, 2008 | Balas

    lagu gay tuh…gay?

  14. Oleh Doodee pada Feb 3, 2008 | Balas

    Thanks for sharing

Post a Comment