RSS

Tag

Lalu lalang di pagi Rabu,ada yang cuba tag pulak.Siapa lagi kalau bukan nenek Syia.Kapan dia tag aku pun tak tahu.Tengok tengok ada komen dia suruh jawab tag.Ok jugak sesi menjawab tag waktu waktu macam pecah kepala sekarang.Lagi pun sudah lama benar aku tak layan aktiviti blogging tag.Kali ini tajuk tag adalah 8 fakta rawak berkenaan diri aku.Apo nak dikato?Jom baca apa kata aku..

  1. Seorang yang sangat suka tidur lambat dan memang terkenal dengan aktiviti bangun lambat sejak dari dulu.Zaman sekolah pun tak pernah bangun awal.Cikgu nak kunci pintu kelas pun kunci lah.Layan tidur jugak syokk!
  2. Kaki berderap!Apakah itu?Aku suka berjalan jalan,ronda ronda tanpa hala tujuan.Banyak ada diluar rumah dari didalam.Bak kata mak aku,anak yang paling tak lekat kat rumah.
  3. Aku seorang yang TIDAK makan buah durian atau apa saja benda makanan yang berkait secara langsung atau tidak dengan durian.Apa orang nak kata,katalah.Penting,aku tak makan.Goda la macam mana pun!
  4.  Aku serang peminat,penyokong Manchester United.
  5. Kelemahan utama aku adalah Bahasa Inggeris.Sememangnya aku sangat hampeh dalam bahasa itu.Berbelas tahun belajar pun masih sama dengan budak PMR punya Inggeris.Kot budak budak tu lagi power dari aku..
  6. Aku seorang yang makan banyak.Dekat sini makan tak banyak sangat.Tapi berhati hati lah wahai kedai makanan yang sedap kat Malaysia kalau aku balik.Aku serang.Jangan tak tahu dalam 3 minggu aku boleh menambah 15 kg.
  7. Sesetengah orang berkata aku seorang yang pekat jugak bahasa kelantan kalau ditukar channel.Dan ada kawan kawan aku yang tak pernah dengar perkataan yang aku sebut.Kadang kadang la…
  8. Aku seorang yang suka kacau orang orang disekita,yang rapat sahaja.Kacau itu bermaksud ganggu.Ganggu yang bermaksud bergurau senda,mengenakan mereka.Sesiapa nak merasa meh rapat rapat.Ha ha ha

Walaupun tag ini telah dinyatakan syarat perlu tag 8 lagi orang,aku rasa aku malas nak tag sesiapa.Kalau ada yang baca,dan tiada idea nak buat post entri,jom layankan tag ini.Suka suka beb!

p/s : Sorry aa cik kak,gue tak follow the rules.Lain kali gue ikut satu satu.

  1. 3 Komen

  2. Oleh fizz pada Jan 30, 2008 | Balas

    x makan durian..haha rugi2 :)

  3. Oleh syia pada Jan 31, 2008 | Balas

    wahaha betui2 rugi tak makan buah durian tau.. ish..ish ade ke pak cik ni panggil syia nenek.. lastik dengan bijik buah durian baru tau wahah

  4. Oleh admin pada Feb 2, 2008 | Balas

    Rugi ke kalau tak makan?Macam biasa je ..tak rasa rugi pon hehe

Post a Comment