RSS

31 Mac 2008

Entri terakhir untuk Mac 2008.

Sudah agak berdebu debu dan naik bersawang blog aku.Lama aku tinggalkan dan agak lama juga aku tidak login ke admin page.Tapi,walaupun lama aku gantung tak bertali,masih ramai juga yang datang kesini.Mungkin mencari apa tulisan aku yang terbaru.Maaf lah.Aku dalam keadaan yang agak tidak menentu sejak lewat Februari.Tidur pun entah kemana.Diserang penyakit tidur 2 jam pagi,2 jam petang dan 2 jam malam.Ape jenis penyakit?Aku pun tiada mengetahui.Alhamdulillah,mungkin aku sudah dapat kembali rentak untuk tidur pada masa yang betul walaupun agak sibuk dengan kerja kerja dalam dunia internet.Yosh!

Dalam minggu ketiga Mac,ramai antara kenalan aku telah selamat meninggalkan negeri sakura ini.Telah selamat kembali ke negara tercinta,Malaysia.Ada juga yang masih ingin menimba pengalaman serta ilmu sebelum pulang mencurahkan sesuatu yang tidak semua orang dapat.Selamat masuk ke alam perkerjaan wahai kenkawan!Jumpa nanti,otsukare!

Sebenarnya aku masih memikirkan bagaimana aku mahu memberi pembaharuan kepada blog ini.Masih mencari idea dan persembahan yang menarik.Sudah hampir 7 8 bulan aku setia bersama tema dari BOB.Aku perlu memberikan sesuatu yang baru bagi menenangkan mata mereka yang datang.Kalau boleh semua sekali aku mahu rombak kembali.Pencarian tema masih lagi berjalan.Ada 2 3 yang sudah aku watch list,tapi masih mahu mencari lagi supaya aku ada banyak pilihan.Biar puas memilih!

Sejak aku sedikit aktif dialam internet,aku rasa masih belum pernah lagi aku menampilkan sesuatu berkaitan PC aku.Walaupun aku mempunyai sebuah laptop,tapi PC klon ini juga yang nampaknya banyak menyumbang hasil kepada aku.Tapi keupayaannya sudah tidak setanding masa awal dulu.Ini pun perlu di”modified” juga.Apa apa hal,duhet adalah segalanya.

  1. Intel Pentium 4, 3.00Ghz
  2. RAM 1 Gb
  3. Grafik N Vidia G-Force 6600 256Mb
  4. Yamaha Home Theater 5.1
  5. BenQ 15 inch (kecik giler)

Biarkan mengenai jentera aku.Apa yang perlu diambil kisah adalah rupa desktop.Aku mahu kongsi rupa paras desktop PC.Agak agak korang punya desktop macam mane?Adakah sudah cukup menyejukkan mata memandang?Meh tengok aku punya dulu.Pastu jom kongsi kongsi.

Inilah rupa paras desktop aku.Dengan ini aku secara sengaja mahu mereka yang berikut “expose” desktop masing masing.

  1. Kodin
  2. Mael
  3. Catzer
  4. Chot
  5. Mixterr
  1. 6 Komen

  2. Oleh syamsulariff.com pada Apr 1, 2008 | Balas

    lama menghilang bro..gaya2 mcm nak tukar theme baru je nie :D

  3. Oleh starwalker pada Apr 1, 2008 | Balas

    haha smart pic! hi saya starwalker :)

  4. Oleh Mohd Ismail pada Apr 2, 2008 | Balas

    yeah.. aku kena! ha ha ha..

    *pc ko tu kental lagi tu.. lepas lagi kalo nk bukak Notepad.. ha ha*

  5. Oleh fana pada Apr 2, 2008 | Balas

    emm…okey2 lawo..nanti nak try watlah..huhu..

  6. Oleh kodin pada Apr 6, 2008 | Balas

    owhh.. aku kene tagla plak… cun seh dekstop… ke time ni je bersih… huhuhuh :p

    kodin’s last blog post..MukaKU di potret kan!!!!

  7. Oleh catzer pada Apr 16, 2008 | Balas

    nanti aku tunjuk erk..kekekkekeke..desktop erk…erm okies aku cuba buat desktop kat opis kakak aku yg telah aku layan spt harta sendiri dan laptop kat rumah

    catzer’s last blog post..Emergency -999

Post a Comment