RSS

5 Website Kegemaran

Aku rasa lama sudah En Kodin tag aku,tapi aku masih dalam keadaan seakan separa sedar terhadap tag yang dikenakan.Ramai juga aku tengok blogger yang kena tag pasal 5 website kegemaran atau 5 website yang paling kerap dikunjungi berbanding yang lain.

Dan hari ini tibalah masa untuk aku menjawab tag dari En Kodin, disamping membuat entri buat blog aku yang sudah 2 minggu lebih tiada apa apa tulisan.Gomen na minna!Aku mabuk dengan dunia lain buat seketika.Apa dunia itu,biarlah rahsia.

1)Gmail - Kalau aku buka internet,inilah page pertama sekali aku akan tengok.Sebab banyak perkara yang akan ada masuk dalam inbox setiap hari.Tapi yang selalu aku tunggu adalah email dari individu yang boleh memberikan aku wang.Ha ha ha

2)Soccernet - Wajib aku tengok page ini setiap hari untuk mengetahui spekulasi/berita dan sebagainya mengenai dunia bola sepak dunia.Tidak sah kalau tidak.kadang kadang lebih sepuluh kali aku buka sehari.Katakanlah aku seorang peminat bola sepak tegar.Yeahh!

3)Footytube - Koleksi gol yang aku terlepas tengok aku replay dari web ini.Memang best!

4)Harian Metro - Jangan salah anggap.Aku hanya mencari berita sukan saja sebaik laman akhbar online ini di akses.Kalau berita suka kurang menarik minat aku selalunya muka utama yang mempunya tajuk yang paling “hot” aku baca.Tiada muka lain yang aku baca selain dari 2 muka yang aku nyatakan.Titik!

5) Yahoo Japan Auction - Ini adalah tempat yang menjadi sumber inspirasi aku mencari pelbagai benda untuk diperhati,dibeli disamping menjadi tempat untuk aku menjual barang barangyang tidak lagi diperlukan.I love Yahoo Japan Auction.

Aku rasa itulah antara 5 website yang paling kerap aku kunjungi jika aku menggunakan internet.Anda bagaimana?

  1. 5 Komen

  2. Oleh starwalker pada Mar 18, 2008 | Balas

    napa x leh feed blog nieh.. ada prob

  3. Oleh admin pada Mar 19, 2008 | Balas

    Aikk..tak boleh ehh.Hari tu da ok..nanti la aku try tengok balik ape yang tak kene
  4. Oleh starwalker pada Apr 1, 2008 | Balas

    huhu.. i tak kena tag. tapi nak bwat jugak leh?

  5. Oleh admin pada Apr 1, 2008 | Balas

    starwalker..anda dialu alu kan …tak kisah la kene tag ke tak.hihi
  6. Oleh corneamelayu pada Apr 10, 2008 | Balas

    peminat bola ke?…hmmm..aku minat gak dgn bola…addicted. org lain drug addicted , aku plak bola addicted. Tapi aku x minat tgk bola…aku mnat main bola…tapi sejak injured teruk 3 thn lepas..aku stop main bola…so skang aku addict makan plak…huahahaha…padan muka aku..

    corneamelayu’s last blog post..Amy Search Buka Restoran

Post a Comment