RSS

Bila April Tiba

April tiba bermakna sakura mula memunculkan diri.Dalam tempoh masa tidak sampai 7 hari dari sekarang, suasana disini tidak ubah bagaikan sebuah pesta.Ramai yang membawa keluarga,teman teman,awek untuk berparti,BBQ atau apa saja dibawah rimbunan sakura.Pink,putih adalah warnanya.Buat mereka yang baru saja tiba disini,ini adalah mungkin yang dinanti nantikan.Selamat menatap sakura buat pertama kali!

Masuk April juga bermakna penghujung cuti makin menjelma.Sekolah bakal bermula.Ramai pelajar pelajar baru yang teruja untuk memulakan zaman universiti ditemani rakan rakan.Tapi percayalah,tidak seindah apa yang diramalkan.Itu pasti!Usah bermimpi untuk bersenang lenang.Permulaan kalendar tahun ini aku rasakan mungkin berbeza berbanding tahun tahun lalu.Dengan persiapan bagi menyambut ulang tahun Jubli Emas pada 2009,sudah banyak perubahan dilakukan bago memastikan sambuatan yang cukup meriah ditampilkan nanti.Bangunan buruk tidak diroboh,tapi dikekalkan struktur asal,ditambah dengan kelengkapan moden terkini.Mungkin merupakan suatu kebanggaan untuk warga masa depan menyaksikan dimana permulaan bagi segalanya.

Cukup pasal disini.Nantikan jambakan sakura nanti,hiasan penyeri mata semua.Oo yeahh!


Awal pagi ini aku terbaca satu artikel di TKO yang menyatakan sebanyak 34,000 buah Proton Savvy bakal ditarik jualan.Dan kepada yang sudah memilikinya anda boleh menghantar kepada pihak Proton bagi tujuan pemeriksaan dan gantian alat tanpa sebarang kos.Proton dalam satu kenyataan media memberitahu semua adalah berpunca dari masalah galas roda belakang yang dimasuki air yang boleh menyebabkan komponen terbabit rosak.Semua pelanggan Proton Savvy ini diminta untuk menghubungi pusat servis berdekatan dengan segera Proton i-Care di talian 1-300-880-888.Macam macam masalah Proton.

Jika diperhatikan blog ini sedang mengalami perubahan yang ketara dari segi penampilan.Blog ini berubah dari rupa yang sebelum ini kepada yang baru bersempena ketibaan April. Apa yang sangat istimewa April kepada aku?Biarkan aku yang simpan.Yang lebih utama,aku mahu menampilkan satu susunan yang lebih kemas dan tersusun disamping tidak diserabuti imej imej yang sudah tegar dimata si pembaca.Bukan setakat ini saja,masih ada lagi yang bakal ditambah buang dimana bila dirasakan perlu.

Bait bait terakhir sebelum melentukkan badan,cuma satu pemberitahuan.Siapa mahu melihat gambar sakura,stay tuned dengan entri seterusnya.

  1. 16 Komen

  2. Oleh nnurulz pada Apr 1, 2008 | Balas

    eh, dh lain rupe dh?? shanteeekkk~! :D

  3. Oleh mala pada Apr 1, 2008 | Balas

    masa mula2 bukak..erkkk..salah blog ke…owhh..rupanya dah tukar…cantek kapet baru….:)

  4. Oleh starwalker pada Apr 1, 2008 | Balas

    haha nice design!

  5. Oleh admin pada Apr 1, 2008 | Balas

    mala:hehe..maceh maceh.Lama dah aku berkira kira nak kasi ada something yang baru.Semalam je baru aku rasa nak buat.

    starwalker:Nice jugak la.Tapi ada beberapa part yang aku perlu ubah lagi.Keadaan sekarang pun masih tidak memuaskan hati aku yang “high-taste” ini.hahah

  6. Oleh Mohd Ismail pada Apr 2, 2008 | Balas

    bila April tiba, aku menghitung hari utk tamatkan pengajian.. ha ha.. *seronok*

  7. Oleh muhdzahari pada Apr 2, 2008 | Balas

    pasal proton tu, aku sokong. sebab syarikat mercedez pon penah buat macam tu lepas diorang kenal pasti parts diorang kualiti rendah, & diorang ganti ngan kete baru

  8. Oleh admin pada Apr 2, 2008 | Balas

    Mael: ohh..ko dah nak abis belajor yerr.Lepas ni berkhidmat untuk negara la ko.ha ha ha..*ko tak nak jadi full time blogger ke? cabutss*

    muhdzahari:bab macam ni aku memang suka.walaupun ada silap pasal parts tu,tapi ini dinamakan tanggungjawab.Reputasi pun bakal meningkat.Ohh..

  9. Oleh deennasour pada Apr 3, 2008 | Balas

    fuiyooo~
    laju blog ko load beb…server apa ko pakai?
    hehe..teruk tol proton..
    apa punya servis lah kan?
    blog ko best!!!!

  10. Oleh admin pada Apr 3, 2008 | Balas

    deennasour:aku pakai server kat mesia je deen.kat sarawak punye server.laju ke?kenapa aku rasa slow..
  11. Oleh titan pada Apr 4, 2008 | Balas

    apsal aku rasa lain macam je..dah tukar theme kot.

  12. Oleh admin pada Apr 4, 2008 | Balas

    titan:Aku da selamat carik rupe baru.Lama sangat aku pakai yang dulu tu..
  13. Oleh maya pada Apr 17, 2008 | Balas

    i love April too..

  14. Oleh admin pada Apr 17, 2008 | Balas

    maya,
    adakah anda silent reader yang baru muncul?Aku suke april sebab ada sakura tapi aku tak suke april pasal aku kene bangun pagi utk pegi sekolah.Argh!!
  15. Oleh maya pada May 5, 2008 | Balas

    silent reader..maybe..but i’ve been here for a while..since last yr..maybe u dah delete my visiting record kot..=) sy suke April bcoz, i have alot of memories during April..good news always come in April..its like my lucky month..n my tanjoubi is in April..And Doa sy selalu dimakbulkan di Bulan April..Jadi, kesimpulannye sy suke April..kalau boelh nak sepanjg tahun is April Month..

  16. Oleh maya pada May 5, 2008 | Balas

    One more thing…good luck 4 ur studies..walaupun kena bgn pagi, InsyaAllah there must be a good thing..Lagipun, Rezeki kan selalu dtg waktu pagi2.

    p/s-8.00pg, kat Nihon, dah terang benderang kan?

  17. Oleh admin pada May 5, 2008 | Balas

    maya:Ooh..thanks la sebab datang kesini.FYI,saya tak pernah delete apa apa komen atau records pengunjung.Tapi kalau tiba tiba tiada tu,semua itu adalah kerja kerja encik appli dalam my WP sys.Doakan selamat saya disini ya!

Post a Comment