RSS

Blogger Malaysia

Sehingga hari ini,ramai sudah antara kita yang menceburi bidang menulis blog.Bagaikan satu fenomena baru dalam penghujung 2007 hingga 2008.Tidak dikira platform mana yang digunakan samada blogger,wordpress,blogmas,blogdrive dan pelbagai lagi platform yang hanya mempunyai satu tujuan iaitu kemudahan menulis blog kepada manusia.

Sejak berakhirnya PRU,maka berbondong bondong lah “mereka mereka” untuk memiliki blog sendiri.Ada yang mengatakan sudah berblog lama walaupun hanya tidak sampai sebulan.Blog merupakan satu ruang untuk menulis apa saja yang diinginkan oleh tuan punya blog itu sendiri dan tidak hanya sekadar untuk tujuan politik sahaja.Ini semua kena faham.


Terdapat pelbagai jenis blog yang ditulis oleh rakyat Malaysia khususnya.Ada yang menceritakan mengenai kehidupan mereka,ada yang berkongsi info yang menarik,untuk tujuan “branding” perniagaan, dan banyak lagi.Jelas sekali kuasa blog ini semakin membesar dan bakal lebih besar seiring dengan perkembangan IT di negara kita.Aku juga percaya komuniti blogger tanahair akan membesar dengan rakus dalam setahun dua lagi walaupun sekarang sudah panas.

Baru baru ini,RTM ada menyiarkan satu ruangan khas untuk slot blog dalam rancangan mereka.Dan aku percaya ramai yang menonton slot blog ini.Walaupun aku sendiri tidak menyaksikan secara terus disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan,tetapi apa yang aku tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan apa yang disampaikan.

Aku cuba untuk melihat sendiri apakah yang dikatakan ramai itu betul atau tidak.Hanya tidak sampai 3 minit aku tengok,tab youtube aku tutup.Sememangnya RTM bukan chanel untuk aku.Slot blog itu seolah olah dibuat sekadar melepas batuk ditangga.Pengacara yang mengendalikan program itu seolah olah kurang cerdik untuk program seperti itu.Soalan soalan yang ditanya bagai menaikkan darah para pecinta blog.Malas untuk aku huraikan disini,saksikan lah sendiri.Intro yang tidak profesional!

Banyak lagi ruang perlu dibaik pulih oleh RTM jika mahu menarik lebih ramai penonton.Kepada RTM juga aku berharap dapat memilih pengacara yang lebih profesional dan mempunyai pengetahuan jika tidak banyak,sedikit pun sudah bagus supaya rancangan itu lebih ummphh!Cuba cari seseorang yang mampu mengendalikan rancangan ini supaya lebih “hidup”.Bukan keras seperti kayu atau mayat hidup.

Cadangan aku adalah jadikan program ini sebagai satu ruang perbincangan dengan lebih ilmiah dan lebih memberikan suatu impak yang bagus kepada penonton.Jemput beberapa blogger yang lebih dekat dengan blogger lain,yang mengerti dengan lebih dalam jiwa seseorang blogger.Jangan hanya apabila dikatakan blogger itu hanya untuk membangkang,menghina atau menjatuhkan seseorang individu.Tanamkan dalam fikiran penonton bahawa blog adalah suatu yang berguna dan bukan sesuatu yang membuang masa.

Dan pada pandangan aku yang biasa ini,media perdana perlu untuk menyebarkan perkara ini dengan betul dari segi cara penyampaian dan isi supaya penonton yang masih belum mengenal apa itu blog dapat menerima dengan baik apa yang disampaikan.

Ada lagi beberapa perkara yang aku ingin sentuh secara umum tapi adalah lebih baik aku menunggu respon pembaca blog ini.Siapa yang setuju atau tidak,sila nyatakan luahan anda dalam ruangan komen.Alihkan fikiran orang ramai yang mengatakan blog itu negatif!We are blogger & we fight for our right!Yeahh..

ps:Kepada yang masih belum melihat rancangan blog di RTM 1,sila lihat dibawah.

  1. 16 Komen

  2. Oleh deennasour pada Apr 22, 2008 | Balas

    kenapa pengerusi tu mcm tak cukup tdo jerk?
    mcm tak diberi gaji jerk?
    rtm rtm,,kalau la aku tak beradik beradik dgn korang, dah lama aku join sekaki mengutuk..hehe

    deennasour’s last blog post..Over My Dead Body

  3. Oleh Razif pada Apr 22, 2008 | Balas

    aku mmg tak layan rtm ni.kecuali ada live bola je

    Razif’s last blog post..Web Hosting

  4. Oleh starwalker pada Apr 22, 2008 | Balas

    hahaha muke ngantuk jek.. steam :P
    starwalker’s last blog post..Kuala Lumpur International Book Festival

  5. Oleh zool pada Apr 22, 2008 | Balas

    Alamak komputer opis tak boleh tgk clips ni lah..
    Aku nak tgk gak wawancara ngan Datuk kadir Jasin..
    Eh kalau dia panggil ko diwawancara camner?? Ada berani??

    zool’s last blog post..Tanda-tanda Stress

  6. Oleh nano pada Apr 22, 2008 | Balas

    apsal video ni nmpak cm terapung2 tas air je?
    huhu..
    seyes ape2 je rancangan yg berunsur live talk kat rtm ni,
    mesti boring kiler,
    ngntuk,
    skema..
    blaa..bla..blaa…
    psl topik ni xprihatin lak,
    tgk komen sume ckp cam ngntuk je,
    mls gak ar tgk,
    :p

    nano’s last blog post..Mendung~

  7. Oleh admin pada Apr 22, 2008 | Balas

    deen:Itu aku cakap suruh cari pengacara baru yang lebih segar.Bukan monyok macam tu.

    razif:RTM memang hilang dari senarai stesen tv yg aku nak tonton.Sila buat perubahan 100% kalau mahu tarik penonton.

    starwalker:itu la pasal.Ntah ntah muka pon tak basuh lagi.Ke dia rasa terpaksa mengendalikan slot tu haa..

    zool:
    Kalau dijemput,aku berbesar hati.Populariti bertambah dan hit blog aku bakal mencanak canak nanti.ha ha ha

    nano:Aku tak tahu la kenapa,suara lari dgn gerak mulut & senang cite failed!Nanti aku cari sumber baru yerr untuk tatapan.

  8. Oleh PeneRockers pada Apr 23, 2008 | Balas

    Yeaghhhhh…fight for your right….sejak mula memblog, aku rase masa aku lebih banyak dihabiskan dengan membaca. Sapa kata blog itu negative sebenarnya mempunyai fikiran yang negative juga….

    PeneRockers’s last blog post..3B (Babi, Beras dan BN )

  9. Oleh topo pada Apr 24, 2008 | Balas

    aku sangat kecewa dngan rancangan ni… hohoho pnat je aku tunggu…..

    topo’s last blog post..saya dah jumpa hosting yang best…

  10. Oleh admin pada Apr 24, 2008 | Balas

    penerockers:itu laa…bile slalu layan blogging akan membuatkan kita lebih minat utk membaca,mencari info da sebagainya.Ape puun fight for our right!!

    topo:memang ramai yg kecewa!sungguh byk perkara yg boleh dipersoalkan.Apparaaa RTM!

  11. Oleh megat pada Apr 24, 2008 | Balas

    sebanarnya ketika RTM dok sibuk hebahkan mengenai slot ini aku gambarkan perkara yang menarik dan dapat menyelesaikan beberapa perkara tentang blog.

    akan tetapi ia mengecewakan dan tiada mesej yang jitu untuk mengambarkan keadaan sebenar sorang penulis blog yang berwawasan!

    megat’s last blog post..Tertekan, Pengsan

  12. Oleh maximus83 pada Apr 26, 2008 | Balas

    aku rasa tak lama lagi ader law baru untuk blog2..nie

  13. Oleh admin pada Apr 26, 2008 | Balas

    megat:Aku secara jujur lebih suka pihak media perdana memanggil para blogger indie.Sebab blogger indie lebih menjiwa apa yang bernama blogging,blog & blogger.


    maximus83:
    Itu memang sudah mula bermain difikiran para pihak “itu”.Masakan mereka tidak akan berbuat apa apa.Apa apa hal..selamat datang & enjoy disini!

  14. Oleh zuhairy pada Apr 27, 2008 | Balas

    hai, bila RTM nak jemput Anwar Ibrahim untuk diwawancarakan? Dia pun blogger gak!

  15. Oleh am pada Apr 27, 2008 | Balas

    pengacara tu tak tak study dulu ker… dok tanya soalan cam tu… orang tua tu tak abis cakap dia dah potong… konon macam nak nampak sangat isu blog ni serius sangatla.. nak buat cam tv3 zaman MHI dulu… dia bole buat tapi mesti bertenaga dan kena ada ilmulah… tapi bila dia nak buat camtu dalam keadaan monyok n xstudi… tu yang kena kutuk..

    aku pun orang gomen jugak tapi taklah bodoh cam diorang ni… buat keja sambil lewa yang mana tak pulak pk yang kerja dia tu semua orang tengok… tu pasal kalau tv3 punya semua vogue2.. sebab tu orang malas nak layan rtm ni..

  16. Oleh admin pada Apr 27, 2008 | Balas

    zuhairy:Aku rasa mungkin RTM akan jemput DR Khir atau Ali Rustam dulu dari Anwar.He he he he

    am:Betul am!Sebab itu kalau dari nak tgk tv aku selalu tune TV3.Sangat sangat profesional,smart,cool,vogue & macam macam lagi.

  17. Oleh beck pada May 5, 2008 | Balas

    bloggers is hte new rockstar. tetapi kenapa bloggers banyak bapok ek?

    beck’s last blog post..Ini Bukan HDR…

Post a Comment