Fitna - Boikot,Adakah serius atau hanya mulut berbicara
Apr 3, 2008
3 4 hari yang lepas,sekali lagi dunia Islam digemparkan dengan tindakan Geert Wilders ,Ketua Parti for Freedom di parlimen Belanda telah mencetuskan kemarahan umat Islam seluruhnya.Cerita ini juga dikatakan di “cut & paste” dari beberapa website perkongsian video terkemuka dunia yang sudah semestinya dipelopori oleh barat.
Jadi gemparlah dunia amnya,Malaysia khususnya dengan tersebarnya berita sebegini.Siri perhimpunan memprotes,menghantar memorandum dan sebagainya diadakan.Sehingga ada ura ura untuk memboikot produk dari negara Belanda.Mengapa aku menulis seolah olah tidak menyokong.Aku tersentuh & sensitif terhadap perkara ini.Aku sokong cadangan bagi memboikot.Aku sokong!
Cuma,berapa seriuskah cadangan ini akan diambil kira untuk dilakukan, itu persoalan aku.Apa yang terlintas difikiran aku , rakyat negara kita kebanyakkan tahu perkara ini dan aku yakin mereka tahu akan tindakan mahu memboikot ini.Namun adakah anda merasakan bahawa tindakan boikot ini akan mendapat kerjasama rakyat seluruhnya , jika ada antara mereka yang hipokrit dalam menjalankan tindakan ini.
Perhimpunan jalanan dari dua puak yang berbeza pun aku seakan akan nampak tahap counter mereka.Satu dengan penuh semangat mahu pihak atasan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan kain rentang,banner serta laungan lantang.Satu pihak lagi dengan banner yang aku sifatkan sebagai cukup cantik & lawa bagaikan satu bingkai pameran gambar.Dan aku yakin 2 pihak ini adalah dari dua ideologi politik yang berbeza.Yang pelik,kita semua menganut agama yang sama.Mengapa perlu sehingga 2 perhimpunan berbeza ideologi politik.Matlamat hanya satu dan sama.Atau mungkinkah ada agenda tersembunyi disebaliknya.
Kalau sesiapa masih ingat lagi dulu juga pernah berlaku perkara sebegini rupanya.Amerika & Israel.Kisah mahu memboikot juga.Tapi cuba fikir balik,sampai ke tahap mana saja semua itu.Hanya “panas” buat seketika dan apabila majoriti rakyat telah tenang,semuanya kembali seperti biasa.Apakah tindakan mahu memboikot kali ini juga bakal berlaku sama seperti dahulu.Hanya semangat dipermulaan.
Mana pergi pemimpin yang berapi mulut tapi lesu tindakannya. Orang tidakakan takut jika hanya mulut luas kesana sini.Tindakan itu lebih diperlukan jika mahu ia benar benar memberi kesan.Jangan hanya sekadar berbicara dikaca tv untuk menunjukkan kepada semua bahawa kita sensitif.Cakap tiada guna tanpa tindakan!
Aku mahu tunggu berapa lama isu boikot ini akan berjalan dan akan memantau perkembangan isu ini dari jauh. Mahu boikot biar betul betul,jangan sekadarjadi lembu diikat hidung.

18 Komen
Oleh e Pemuda PAS pada Apr 3, 2008 | Balas
fitna sememangnya FITNAH!!!
syukur alhamdulillah, ramai rakan-rakan saya di us, saudi arabia, dan merata tempat lagi sedang giat berusaha untuk membidas FITNAH SIAL ini!!! ada di antaranya, saya letakkan di laman blog saya untuk tatapan kesemua pengunjung.
Islam adalah syumul. Islam adalah untuk kesejahteraan semua; penganutnya pun, juga bukan penganutnya pun. Islam tidak sekejam seperti yang digambarkan fitna yang FITNAH!!!
Oleh titan pada Apr 4, 2008 | Balas
diorang boikot kejap aje tu. biasalah. manusia. bila dah reda. diorang pakai balik. Tapi honestly. Biarpun hanye video pendek, tapi aku tetap tak suka.
Oleh fizz pada Apr 4, 2008 | Balas
wah dh lama aku x menjenguk, tetiba ade perubahan..wah aku suka …aku suka :D…
Sekarang aku rasakan susu Dutch Lady yg aku minum sudah tidak seenak dulu lg..aku akan cr yg lain :D..usaha kecilku utk memboikot..hehe
Oleh admin pada Apr 4, 2008 | Balas
titan:yup,aku pun tak suka dgn mendalah kejaddah nih
fizz:sudey tukar itu rupa la aceiii…nak boikot,biar jadi.Jangan hangat je lebih..he he he
Oleh Azman pada Apr 4, 2008 | Balas
salam,
sudikan saya memberi cadangan walaupun cadangan ini mcm tak masuk akal tapi kalau dilaksanakan ianya menunjukkan betapa org ISLAM itu punyai strategi dan cara counter yg bijak dan ber-objective. Serta kesannya lebih efektif..
Cadangan saya.. respon balik film fitna tu dgn penerbitan film oleh orang islam dan mempunyai nilai2 internasional, membuka minda barat dan menunjukkan apa yg tidak betul..
Pendekatan ini saya lihat lebih efektif dan mengapa saya mengatakan begitu? Cuba lihat perubahan politik di Malaysia sudah menjadi contoh bagaimana efektifnya memberi respon2 dgn menggunakan video (kes malaysia kita ambil youtube)..
Marketing kan dia ke seluruh dunia.. Biar rakyat dunia tahu apa ISLAM yang sebenar, mengapa kita difitnah.. dsb..
Pemboikotan “mungkin” mustahil dilakukan (hanyalah pandangan saya yang lemah, tapi tiada mustahil bagi Allah) kerana tidak semua org islam mempunyai kesedaran dan ramai juga yg berniagakan produk belanda, mereka ini akan terperangkap dan akhirnya memberi kesan negatif kepada mereka.. (contohnya: Peniaga2 minyak SHELL)
Jadi, sila kaji balik cara yg lebih baik utk mengatasi film FITNA..
Oleh starwalker pada Apr 4, 2008 | Balas
aiiiihhh they really make my blood go upstairs la!
Oleh hafifi pada Apr 4, 2008 | Balas
serius! kita xblh diam diri, klu setakat bicara dimulut je..takde maknanye kita beragama islam..jgn tunjuk kita lemah..takbir!
Oleh titan pada Apr 4, 2008 | Balas
ehm..aku rasa. tak lama lagi. akan datang lagi serangang propaganda barat. sudahlah kesu sufiah. lepas tu fitna. lepas tu belanda, yang terbaru kes akhirat dan kes lina joy menang wat persatuan melayu kristian kat mahkamah.
memang saki jiwala orang malaysia sekarang. penuh dengan isu panas je lepas pilihan raya ni..
Oleh starwalker pada Apr 4, 2008 | Balas
allahuakbar!
Oleh admin pada Apr 4, 2008 | Balas
hafifi:kita perlu tunjukkan kita kuat dengan cara betul dan bijak.bukan dengan keganasan.we are smart enough!
titan:kita orang islam sentiasa menjadi bahan serangan secara terangan atau halus.kalau lemah luar dan dalam,hanyut lah seperti banyak manusia diluar skrg yg nama je islam tapi lifestyle haram tak ikut.
starwalker:takbirr!!Allahuakbar!!~aku mahu tunggu apa reaksi Osama.Hancur kot Belanda tu kene nanti
Oleh nono pada Apr 4, 2008 | Balas
salam.
perasaan tak kita sebenarnya diuji. diuji sejauh mana kita besatu padu untuk menentang musuh islam. dan ujian ini hanya dari segi aspek sejauh mana bersatu padu nya kita sebelum kita pergi lebih jauh lagi nak ‘berperang’ menegakkan Islam. Insya Allah kita boleh… Setakat memboycott, insya Allah boleh sangat. Kita ada alternatif lain lagi nak ganti benda2yang kita pakai tu. =)
Oleh abdfatah pada Apr 6, 2008 | Balas
apo citer punya citer… copy and paste… suka hati dia aje nak copy and paste… banyak laa punya copy and paste ikut sedap hati dia nak buat. pandai pulak hambik satu bab buat propaganda citer pasal keganasan.
inilah dia citer copy and paste the movie
Oleh admin pada Apr 6, 2008 | Balas
abdfatah:itu la pasal.sekadar copy & paste,lepas tu buat cerita macam macam.mungkin boleh menang anugerah movie ter”gampang” tahun depan.
Oleh nono pada Apr 6, 2008 | Balas
Selagi kita ada kekuatan dalaman. =)
Sbb tu la kite ckp, Allah nak uji. Kebanyakan kita ni bukan main bersemangat nak tegakkan syiar Islam tapi cuba kita tengok and fikir sendiri apa yang kita dah buat atau nak buat untuk tegakkan syiar Islam? Or nak mempertahankan Islam itu sendiri? Sbb tulah dalam Islam kita disuruh istiqamah. Tak kisah perlahan asalkan konsisten.
P.s: Alhamdulillah la setakat ni senarai baran2 tu kite tak guna sangat. Hehehe.
nono’s last blog post..blow.. blow the bubbles
Oleh catzer pada Apr 6, 2008 | Balas
aku mmg boikot betul2, semua brg unilever aku mmg tak berapa pakai..paling terasa aku bertukar dr isi minyak kat shell pi lah isi kat caltex, esso, petronas..kekeke
catzer’s last blog post..Super M Webmaster
Oleh admin pada Apr 6, 2008 | Balas
catzer:Shell yerr..isi petronas je la wei.Sokong syarikat Malaysia!!ha ha ha
Oleh musnaz pada Apr 10, 2008 | Balas
hati umat Islam kena bersatu… Marilah kita kembali kepada basic, Iman dan taqwa…
musnaz’s last blog post..Tau tak apa makna JIHAD secara literalnya?
Oleh gie pada Apr 10, 2008 | Balas
aku dari dulu isi minyak di petronas,secara tidak langsung,aku telah memboikot kan..??
…
gie’s last blog post..Notis 24jam : Pengkritik tegar diperlukan..!!