RSS

Harga Mi Naik 70 sen!

“Harga Mi Naik Sehingga 70 sen Hari Ini”

Mulai hari ini kepada penggemar mi,anda harus mengambil tahu mengenai kenaikan harga mi berkuatkuasa hari ini.Kenaikan diantara 20 sen sehingga 70 sen sekilogram itu dikatakan oleh kenaikan harga harga biji gandum dipasaran antarabangsa.Diantara jenis mi yang bakal melonjak harganya adalah mi kuning,yee mi kecil,yee mi besar,mi wantan,kulit wantan dan kulit dumpling.Berikut adalah nama jenis mi serta kadar kenaikan:

Mi kuning (naik 20 sen sekilogram), mi kering (naik 20 sen sekilogram), yee mi kecil (naik 30 sen sekilogram), yee mi besar (naik 70 sen sekilogram), mi wantan (naik 60 sen sekilogram), kulit wantan (500 gm) naik 40 sen satu peket, kulit dumpling (500gm) naik 50 sen satu peket, kuetiau (naik 30 sen sekilogram), chu cheong fan (naik 0.04 sen segulung), laksa pendek (naik 30 sen sekilogram), laksa panjang (naik 30 sen sekilogram).


Ranking Skuad Bola Sepak Negara Di Tangga ke 170!

Pasukan bola sepak kebangsaan mengalami berita melemahkan semangat lagi hari ini apabila diberitakan ranking kedudukan pasukan negara jatuh ke tangga 170 dari 164 bulan lalu.Ini juga merupakan rekod terburuk pasukan bola sepak negara sejak tahun 1993.Dalam pada itu juga pasukan kebangsaan juga hanya berada pada kedudukan ke 6 diperingkat Asia Tenggara dibelakang Thailand,Vietnam, Singapura ,Indonesia dan Myanmar.Dimana hasil pembangunan peringkat akar umbi seperti yang dinyatakan oleh pihak yang berkenaan.Kita gah dengan Liga Super dan Liga Perdana,namun realitinya kita masih jauh ketinggalan berbanding jiran berdekatan dari segi pembangunan remaja & kanak kanak.Apa patut dilakukan?

Pak Lah Diminta Bercuti

Petikan dari MalaysiaKini menyebut bahawa sebahagian besar Ketua Bahgian UMNO Johor mahu Pak Lah berehat seketika dari tugas PM sekarang dan memberi laluan kepada Najib untuk memangku tugas kerusi panas tersebut.Desakan itu juga adalah bagi meredakan kemarahan ahli ahli parti UMNO selepas mengalami kejutan dalam PRU ke 12 lalu.Ada terdengar juga desas desus mengatakan supaya satu perjumpaan diantara Pak Lah dan Tun Dr Mahathir diadakan bagi menyelesaikan apa yang patut.Mungkin ini menjadi satu perjumpaan yang dinantikan oleh rakyat sebahagian besarnya.

Seminar Perniagaan Internet Malaysia.

Buat julung kalinya 5 orang otai perniagaan internet Malaysia bakal mengadakan satu seminar bagi membantu anda yang berminat untuk memiliki perniagaan Internet.% speaker yang bakal menjadi guru kepada anda yang menyertai seminar yang dinamakan JomSeminar ini adalah Alng,Syed Ikhwan,Gobala Krishnan,Fuad & Yusry.% orang spreaker ini memang mempunyai pengalaman yang banyak dalam menjalankan perniagaan melalui internet.Dan aku amat mengesyorkan kepada sesiapa yang hampir tersungkur dek Monsun Biz atau BossMailer,lebih baik sertai seminar ini yang jauh lebih murah harganya.Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila terus ke laman Jom Seminar.Dibawah ini adalah butiran ringkas Jom Seminar:

1)Tema : Multiple Streams Of Online IncomeModul : Pelbagai kaedah membuat duit daripada internet samada untuk pendapatan aktif, pasif atau sampingan.
2)Tarikh : 10hb Mei 2008 (Sabtu)
3)Masa : 9 pg -5 ptg (8 jam)
4)Lokasi : Hotel Armada, Petaling Jaya
5)Yuran : RM 479

Curi Seluar Dalam Kerana Kesempitan Hidup

Dek kerana kesempitan hidup,seorang tukang gunting sanggaup mencuri 5 kotak seluar dalam jenama Renoma & sehelai baju Seed Work yang berjumlah RM258.50 di Pasaraya Jusco,Mid Valley Megamall.Kecurian itu disedari oleh seorang penyiasat dalam Jusco ketika tertuduh sedang hanyut merembat kedua dua jenis barang tersebut.Beliau dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM800.Alahai,sampaikan “spender” pon nak rembat kat Mid Valley.Apa cerita la si tukang gunting ni.

  1. 12 Komen

  2. Oleh am pada Apr 10, 2008 | Balas

    ai… laksa bukan dari beras ke… pun naik jugak… ambik kesempatan betol…

  3. Oleh musnaz pada Apr 10, 2008 | Balas

    kalau macam tu try cipta mee dari tepung ubi lah, yeah!

    musnaz’s last blog post..Tau tak apa makna JIHAD secara literalnya?

  4. Oleh nano pada Apr 10, 2008 | Balas

    oowhhh..
    mamee monster xde dlm senarai,
    syukurrrrr~
    peberet ai tu,
    :p

    nano’s last blog post..Mati

  5. Oleh bob pada Apr 10, 2008 | Balas

    akibat daripada kenaikan harga mee, pasukan bolasepak malaysia dirundum malam dan terus jatuh ketangga 170 dunia, kerana kebanyakan pemain suka memakan mee. chiitt!

  6. Oleh admin pada Apr 10, 2008 | Balas

    am:ye ke bro?aku tak tahu,tapi tepung beras kot..asal ada perkataan tepung je abis naik.ha ha

    musnaz:kayo makcik kat kampung weh kalau macam tuh.

    nano:mee monster aku rasa bakal naik jugak.mee monster ni yang mendalah maskot kaler biru tu ke?

    bob:Itu sebab lah pemain pemain malaysia kecik kecik.sekali kena body kompem “rebound

  7. Oleh Zara~AB pada Apr 10, 2008 | Balas

    aper nak buat kat duen, kita tak pernah berenti dari terima hot issue like this.
    Zara~AB

  8. Oleh megat pada Apr 10, 2008 | Balas

    naik lagi. nak buat macam mana suara tak sampai secara maksimum.

    megat’s last blog post..Monsun Biz - Apa pendapat anda!?

  9. Oleh mims pada Apr 10, 2008 | Balas

    naiklah berapa-berapa pon..asalkan jgn harge lobak naek sudah…tak makan aku nnt..hoho

    mims’s last blog post..Mengemis kasih

  10. Oleh gie pada Apr 10, 2008 | Balas

    hurm..aku dah jangka dah sebelom pru lagi…adoi…seb baik aku bukan pemakan mee tegar…

    gie’s last blog post..Notis 24jam : Pengkritik tegar diperlukan..!!

  11. Oleh deennasour pada Apr 10, 2008 | Balas

    gua suka makan mee..tapi bukan mee goreng mamak..
    haha..aku dok kat wisma FAM, betapa KEREK nya budak2 bola Malaysia makan kat mamak…
    Pak Lah dah letih sangat2 tu..blur2…
    adoi2..
    spender? no komen la~

    deennasour’s last blog post..Evolusi KL Drift

  12. Oleh admin pada Apr 10, 2008 | Balas

    zara~AB:Kita hanya berkuasa penuh pada hari PRU je.Itu pun kalau tade hantu hantu tersebut.hihi

    megat:Itu la megat..suara nak sampai maksimum macam mane,yang minimum pun tak tentu sampai.Apo nak buek laeii..

    mims:Itu lobak belakang rumah boleh kasi tanam la acii…aiiyoo!~ha ha ha

    gie:Ingt pasal naik harga ni..terus terbayang minyak.Pape hal pun,makan nasi je la.Moh la kite mengabih kan boreh oii~..

    deenasour:
    ye ke deen ko dok kat wisma FAM?kerek kah mereka bila memegang status pemain negara.Shit!sepatutnya perlu risau akan tanggungjawab kepada negara takut tak terbalas.Fuk gile!

  13. Oleh abdfatah pada Jun 10, 2008 | Balas

    minyak udah naik minyak aaaa….

Post a Comment