Ladang babi bakal dibuka di Sepang
Apr 9, 2008
Sudah sebulan selepas piliharaya yang sememangnya menggegarkan Malaysia berlalu.Gegaran Barisan rakyat membuatkan barisan pimpinan Pak Lah longlai.Duit licin,kepala pun makin licin jugak. Pengumuman dari kerajaan baru Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan sebuah ladang babi akan dibuka di Sepang telah menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat Selangor dan pelbagai lapisan rakyat.Disini aku bukan mahu menyatakan sokongan atau bantahan kepada mana mana pihak,cuma aku mahu menyatakan apa yang aku fikirkan.Tiada kisah tentang apa reaksi yang bakal diterima sekadar perbincangan yang beguna membuahkan idea. Salah kah jika sebuah ladang babi dibuka di Selangor?Itu persoalannya.Apa salah membuka sebuah ladang babi yang menjadi sumber makanan bagi kaum bukan Islam di Malaysia.Bagi aku kalau mahu membuka sebuah ladang babi itu tidak salah jika dijaga dan diawasi dengan rapi.Jangan hanya buat sambil lewa kelak buruk padahnya.Jika diselia dengan baik dan betul menurut piawaian yang ditetapkan,tiada masalah.
Adakah kita perlu untuk menghalang sumber makanan kaum bukan Islam yang lain.Mereka juga mempunyai hak dan kita tidak boleh menghalang atau menggangu hak mereka sebagai rakyat Malaysia.Ada juga yang bising mengatakan bahawa, “tak takut jadi macam kes kat Melaka ke?”.Kes di Melaka itu sah tidak dijaga dengan baik.Dengan mengambil contoh perternakan babi disini,ditempat aku menetap sekarang,mereka jaga dengan bersih sekali.Cuci bersih binatang itu.Dan aku tak pernah dengar pula kes kes macam yang berlaku di Malaysia.
Dan memang bagi kita “menatang” itu haram.Bagaimana pula dengan kes kilang arak yang besar tersergam indah sebelah lebuh raya ke Shah Alam?Tak haram ke?Sama saja.Jadi mengapa kes ladang babi itu perlu di hangatkan sangat.Ok,kata lah jika ladang babi dibuka,ramai yang bimbang wabak,virus dan sebagainya tersebar.Aku rasa setakat “menatang haram” itu boleh dikawal & jaga dari segi pengendalian.Tapi kalau “air kencing setan” itu,siapa yang akan kawal.Manusia yang tonggang air kencing setan itu ramai di Malaysia.Budak budak hampas yang minum itu boleh buat macam macam kalau sudah masuk.Polis yang nak kawal?Bagi aku polis itu akan pergi selesaikan selepas berlaku.
Walaupun mendalah projek itu dikatakan telah diluluskan masa zaman MB sebelumnya,tapi yang kena “belasah” adalah MB sekarang.Soalan aku kepada kau,wajar ke tidak projek babi itu diteruskan atau lebih bagus diberhentikan?
Kalau ada yang membaca dan kata aku ini gila,silakan.Aku tidak makan babi dan tak minum arak!Jauh sekali.Walaupun aku jauh dari tanahair sendiri,alhamdulillah aku tidak menonggang dan menyalai.Cuma aku ada sikit rasa “terbuka” kalau diajukan persoalan yang sedemikian.Alasan,aku sudah lihat bagaimana cara yang betul dan bersih untuk ternak menatang itu.

36 Komen
Oleh Hasbullah bin Pit pada Apr 9, 2008 | Balas
Yang ni dah baca?
http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=738
Oleh Hasbullah bin Pit pada Apr 9, 2008 | Balas
Yang ni dah baca?
http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=738
Hasbullah bin Pit’s last blog post..SAMB: Begitu Dhaifnya Negeri Melaka
Oleh admin pada Apr 9, 2008 | Balas
Oleh bob pada Apr 9, 2008 | Balas
ahak.. gue ni duk hari hari duk bau babi. kurang dah kot skang ni berbanding dulu. mari la paya mengkuang. rasakan keenakan baunya..
Oleh Mohd Ismail pada Apr 9, 2008 | Balas
nak bukak xde masalah rasanya kalau diaorg boleh pastikan yang sisa dr kandang babi tu x menyentuh kehidupan org Islam.. dah itu makanan sebahagian rakyat Malaysia.. kita x boleh halang terus =)
Mohd Ismail’s last blog post..Buku teks untuk penulis blog
Oleh lepat pada Apr 9, 2008 | Balas
Bro, xde kena mengena arak ngan babi. sama2 haram dimakan minum. Kalau kilang tu tepi jalan, sama la kandang ni dalam hutan. Benda kalau haram, takyah la buat. Anyway, mende ni atas kesedaran risiko2 yg berlainan.
Bagi aku, kalau nak buat kandang babi, buat kat tempat lain. bukan kt sepang. Aku dok kt sepang, aku taknak tanggung risiko minum air najis babi. rm100 juta ke, 1 billion ke aku x dulik, modern x modern. Kalau terbabas masuk sungai k laut, korang nak minum? Kalau virus babi tu merebak, hang nak sedut? Movie simpsons pun ada tunjuk kesan najis babi ni ha, siap boleh jadi mutant, haha. Kalau ada antara korang setuju, buat sebelah kampung korang je la. selangor berlambak tanah tempat lain. Biar la sepang tu x maju, asalkan x tercemar. Nak tau terbukti x terbukti harmful ke dak, bikin eksperimen kg hangpa je la. wa x sokong bn, wa x sokong pkr, tp kena rasional la beb. Politik2 takde dalam hati. Pada aku, kalau betul kita nak jaga alam sekitar dan kurangkan risiko2 berkaitan, import je la menatang arak k daging babi tu. Bukan keperluan pun untuk diinvest dalam negara ni, mendatangkan penyakit ade la. But as I said, this is all about politic. End of story.
Oleh admin pada Apr 9, 2008 | Balas
mael:itu la yang aku ingin katakan.kita lain kaler pun,rakyat negara sama.kena fiki jugak tu.
lepat:TQ bro atas lu punya komen.wa respek setiap pendapat yang masuk dalam komen gua.Kita punya pandangan dan isi hati yang lain.Sekadar kongsi idea buah fikiran.Tapi itu yang bro cakap pasal virus/wabak etc dari babi gua pun paham.Tapi kalau wabak/virus & etc yang menular sbb daripada arak,macam mane pulak kan?Gua rasa ada sesuatu yang tak kene la jugak.Papehal pun,gua rasa politik atas sekali la kan…cooll!!~
Oleh am pada Apr 9, 2008 | Balas
takde salahnya sebab satunya diorang akan aware lebih pada benda tu memandangkan dia sendiri yang hebohkan… perkara tu dari yang lain senyap2 bukak tempat gitu last2 tau2 dah ada yang buat hal… lagi malu… pada am diorang lebih bersikap telus…. tu aje.. sebab taknak later on orang pertikai… tak sedapla gitu..
Oleh mims pada Apr 9, 2008 | Balas
aku mmg menantikan entri berkaitan isu nih…
bro…
pada mulanya aku mcm apehal pulak nk wat projek babi nih…kat melaka hr tu pon dh macam2 hal…tp selepas aku bace balik penerangan yg dibuat oleh mb selangor itu…haa..aku rse xpe kot kalau diteruskan.
biaselah asal kerajaan baru je semua yg dibuat macam satu salah besar…kalau lah kerajaan dacing yg meneruskan projek ni mesti tak heboh macam ni…kalau kita hentikan projek tuh negara xcukup babi untuk disupply pada rakyat pemakan babi nnt terpaksa lah pulak mengimport babi dari luar…klu import dr luar mungkin lagi teruk akibatnya sbb kita tak tahu kondisi babi2 yg dibawa masuk..tol x? ximport langsung? habes ko nak jawab ape dgn pemakan babi? negara kita bukan negara islam…hanya agama rasmi ialah agama islam. jadi kita tak bolehlah nak nafikan hak org bukan islam.
babi? kotor ye … jijik ye…
klu pegang babi…boleh samak….kalau kena tahik babi pon boleh samak….tapi kalau berpegangan lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim camne ko nak samak???
ibnu majah dalam sebuah hadith yang diriwayatkan berkata:
“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.
pegi laa dekat midvalley ke…klcc ke…tgk laa bape ramai umat manusia yang beragama islam dgn tanpa segan dan silunya berpegang pegang…
uish…panjang nyeh komen aku..ahaha
chow!
mims’s last blog post..10 criteria of successful individual
Oleh hafifi pada Apr 9, 2008 | Balas
mmg tak patut la..harian metro hari ini ade tulis mengenai bantahan orang cina tentang perkara ni..yang lulus org melayu kan??
hafifi’s last blog post..Artis Separuh Bogel
Oleh syamsulariff.com pada Apr 9, 2008 | Balas
wah..ade comment luv la..mana jumpa plugin ni? haha..
by the way..kalau jadi la ladng nie..buatnya terlepas masuk litar sepang camana?
syamsulariff.com’s last blog post..10% lifetime discount from Malaysia Web Hosting
Oleh admin pada Apr 9, 2008 | Balas
mims:wah wah wah…ini sudah jadi entri!haha..tape,aku tak kesah..yang penting apa yg ko bagitau itu buah fikiran ko yang mungkin sampai utk orang lain utk difikirkan bersama.Mungkin ada yang “terasa” dgn komen ko.Tapi itu bagus.Bermakna ada sesuatu dalam idea ko.Yosh!
hafifi:Metro adalah akhbar harian yang hanya ko boleh baca cerita pasal rogol,ragut,bomoh,pukau dan yang sewaktu dengannya.Lain lain tak payah.Mengabihkan RM1.20 je
syamsularif:Aku tengok kat mana tah bro plugin tu,aku pun lupe.Tapi bagus utk visitors.Kalau babi terlepas masuk dalam litar sepang seraya babi kata “Amacam Hamilton,ada bran race ngan gua?” hahaha…*memain je*
Oleh starwalker pada Apr 9, 2008 | Balas
haih.. apa la nak jadi ngan malaysia..
starwalker’s last blog post..Kuala Lumpur International Book Festival
Oleh amirez pada Apr 9, 2008 | Balas
bro, aku pun sependapat ngan ko.
kalau diselia dgn baik, x menjadi masalah kpd org Islam.
haiwan tu dicipta Allah ada sebabnya.
cuma pihak yg bertanggungjawab perlu amik berat sgt2 psl kebersihan kandang tu nanti.
jgn sampai ada org yg buat mogok sudah.
perlu jugak jg keperluan kaum bukan Islam.
Oleh aizad pada Apr 9, 2008 | Balas
aku ada jugak suarakan pendapat aku pasal kes ni. tapi masing-masing lah kan?
Oleh aizad pada Apr 9, 2008 | Balas
aku ada jugak buat entri pasal kes ni. tapi masing-masing punya pendirian ye tak? kita nie cuma “orang kecik jer.
Oleh lepat pada Apr 9, 2008 | Balas
Lagi sekali, babi takde kaitan ngan arak n terbaru pegang tangan. Isu sekarang isu sebab apa ternak babi ni dapat banyak concern dari banyak pihak. Semestinya isu kebersihan dan kesihatan rakyat perlu diutamakan. Kalau nak cerita pasal pegang tangan dengan pegang babi, senang je hukumnya. Dua2 haram. Tapi pegang babi boleh samak, pegang tangan? Nabi suruh amik serumpun lidi, benam dalam otak. Itu umpamanya. Nak cerita memang tak habis kalu gini. Tapi kalau ikut politik punye sembang, PR kata BN luluskan, BN kata PR setuju teruskan (walaupun dlm peringkat cadangan). PAS kata arak lagi haram, so apalaga, suruh la MB selangor tutup kilang arak tu, abis cerita. Masing2 sama je beb. At the end, sapa suffer? Tapi politik tetap politik beb. Kenapa tak boleh import je? Bukankah yang import itu telah dipiawaikan jugak? Malah teknologi dari luar sememangnya lebih canggih, mengapa tidak yakin? Lebih tepat lagi, negara2 di Eropah, Jepun, Australia n NZ ada pekerja2 yang berattitude tinggi yang pastinya piawaian diikut sebaik mungkin. Malaysian? I doubt. 300,000 beb. Bukan skit. Kalau Teresa Kok tu kata BN dah luluskan, hang pegila batalkan. Apa nak politikkan sangat. Apa2 pun, aku agak sensitif pasal isu ni sebab Sepang tu kg aku. Kecik2 dulu, tiap2 ari lalu lalang depan kandang babi ni. Busuknye, Tuhan aje yg tahu. Sekadar my 2 cent.
p/s: Admin lu punya komen mmg terbuka.
Oleh hanep pada Apr 9, 2008 | Balas
ak stuju. xde mslh, tapi kebersihan tu pkara paling penting.
hanep’s last blog post..Me trying new wordpress theme
Oleh admin pada Apr 9, 2008 | Balas
amirez:yeahh!!amirez you`re rock!Itu la yang aku fikirkan..tapi kita ramai,tobat banyak buah pikiran.
aizad:aku da lawat & baca ko nye post.Ye la kan,kalau bukan pasal pilihanraya siapa la kita.Tunggu la PRU 13!
lepat:gua suke orang yang sewaktu dengan bro komen.Banyak points yang ditulis.Gua tabik lu.Guan impikan orang orang yang macam bro lebih ramai tahu blog ini kasi kita debat points.Pape hal,politik itu ada pro & kontra dia.Kita tak tahu dipihak mana yg telus,benar & sebagainya.Jalankan tugas sebaik mungkin ya!
peace!
hanep:Hanep…aku setuju pun tapi kekadang datang jugak dalam kepala aku.Kalau aku dikedudukan lepat ,apakah kita masih berpendirian sama atau menentang?hurmm..
Oleh Hamdi pada Apr 9, 2008 | Balas
babi ohh babi….
menjadi bualan ramai…
yang penting, owner kandang tuh kena pandai manage kandang…
kalau tak, susah jadinye…
Hamdi’s last blog post..Pelakon Yusni Jaafar meninggal dunia
Oleh mims pada Apr 10, 2008 | Balas
nz 100% guaranteed fresh pork! haha…bukak je tv ade iklan babi….burger babi…roti babi…bank pon gune babi jd maskot…pegi lecture lecturer cerite psl dna…gune babi sbg contoh…terpampang lah gmbar 2ekor anak babi…dan org sekeliling aku pun berkata “so cute!” duhh..aku tak nmpk ape yg cute binatang berhidung penyek itu…
lepat: senior aku kat sini ade yg keje kat butcher jual babi….dlm quran kata babi haram di makan..tp klu pegang babi boleh samak…tak doselah…klu arak…semua yg terlibat dlm penjualan arak walaupun tak minum kne tanggung dosa…aku rse nk tutup kilang arak tuh xboleyh lagi wat mse nih…nnt org2 yg tak paham agama bising plak…huru-hara malaysia nnt…nk batalkan projek kandang babi modern tuh nnt dibuatnye tauke-tauke babi bukak kandang secare haram kat tempat laen…lagi susah nk dikawal dan diselia oleh pihak kerajaan….lagi tercemarlah kebersihan malaysia nih..maka lagi banyaklah wang ringgit terpakse dileburkan…cuba fikir dlu “knape diorg nk wat ladang tu?” diorg nk kumpulkan semua ldg babi tuh setempat spy sng nk diuruskn, dijaga kebersihan supaya alam sekitar terpelihara dan tak tercemar….mengimport bukan sesuatu yg bijak….knape nk bazirkan duit import dr luar sdgkn kita ade sumber? cume diharapnye….kerajaan mnjadikan farm ituh utk mensupply makanan kepada pemakan babi tempatan shj…xyahlah export…we dont want our country to be d largest pig exporter in d world!
aku rse cdgn terbaik adalah…..tp akan mengambil mase yg sgt pjg….dengan meng’educate’ manusia pemakan babi nih knape babi tidak elok dimakan….hohoh…aku berjaye melakukannya….3 org kawan aku yg suke makan babi megakui mereka berhenti makan binatang hidung penyek lepas mendapati semua fakta yg aku ckp tuh betul..
kte kne berfikir dr semua perspektif…mmg kebersihan tuh penting…sangat..kerajaan negeri dh cuba wat yg terbaik…cube klu ko jd mb selangor skg….ape tindakan ko lepat spy dpt memenuhi semua kehendak rakyat malaysia sejagat?
mims’s last blog post..10 criteria of successful individual
Oleh lepat pada Apr 10, 2008 | Balas
Import itu membazir? hmmm…daging lembu dari NZ dan India lebih murah daripada daging tempatan. Daging babi, mintak mahap mims, aku x sure berapa kosnya. Mungkin murah dan mungkin juga lebih mahal. Jadi aku tak sure sama ada menjimatkan atau tidak. Pardon me.
Dan kalau aku jadi MB selangor, aku kurangkan aje bilangan babi di Selangor. Boleh ikut cara Singapore, ternak babi in one of the less indentified islands as there’s very little numbers of residents or totally empty. The sewerage link directly to sea. If there’s any prob, it is easier to quaratine the island instead of the residency area.
Atau,
import selebih quantity yang tak cukup dari luar negara atau dari ‘luar negeri’ (Melaka or NS) yang sedia ada operate secara besar-besaran.
Itu je la yang aku mampu fikirkan. Yelah, bukan senang nak jadi MB. Lain la kalau asyik dok senang lenang. Anyway, it’s very good idea to educate people at the first place. Kementerian Kesihatan and Kementerian Pelajaran boleh pertimbangkan hal ni? As I used to stay quite a while in UK, member2 ‘Mat Saleh’ semua cakap babi ni sedap sampai dia suruh try makan. Yelah, dia x tau kita memang takleh makan. Kita kata babi ni kotoq, dia kata dia sihat walafiat jek sejak kecik makan babi. Nak educate pun tak sampai hajat sebab depa xleh nak compromise dah. Bagusla you dapat educate your frens…
P/s: Kalau tutup kilang arak, next election defenitely got my vote. Confirm.
Oleh mims pada Apr 10, 2008 | Balas
lepat: idea kamu brilliant lah…i couldn’t agree more…klu ko bertanding jd mp aku vote ko….tp skg xleh laa…tggu 2 tahun lagi br aku cukup umo utk mengundi…hoho…aku ade lg satu cdgn…pemakan babi tuh ternak lah babi sendiri klu nk mkn…klu malas ternak takyah makan babi…orang2 siam kat kelantan yg duk kampung sebelah kampung aku…diorg bela babi sendiri…satu famili ade la 2-3 babi yg diorg bela…kuantiti sedikit dan tidak menyusahkan org laen dgn bau busuk dan sisa buangan etc etc…..tp mcm tak praktikal lah utk org kat bndr…ok…cdgn aku tidak bernas..sila abaikan…hoho
mims’s last blog post..10 criteria of successful individual
Oleh musnaz pada Apr 10, 2008 | Balas
tu lah… kedah dah terkenal dengan jelapang padinya… takkan lah kelak selangor terkenal dengan jelapang babinya? adeh! malu siot! malu!
musnaz’s last blog post..Tau tak apa makna JIHAD secara literalnya?
Oleh admin pada Apr 10, 2008 | Balas
mims:aku tahu,sebab kat kg belah ayah aku ada kg siam jugak.mak babi,bapak babi,anak babi dan sedara mara dia rilek je lepak lepak bawah tangga rumah.Macam ayam la kalau kite…sungguh cooll mereka ni..ha ha ha
musnaz:Pehh!ko da kasi satu gelaran baru kat Selangor ni.Jelapang Babi jadinya..ha ha ha..
Oleh musnaz pada Apr 10, 2008 | Balas
patot arr selangor kalah dengan kedah itu hari (bola)… diorang terganggu dengan isu ni lah, ho ho
musnaz’s last blog post..Tau tak apa makna JIHAD secara literalnya?
Oleh musnaz pada Apr 10, 2008 | Balas
patot arr selangor kalah dengan kedah itu hari lawan bola, hu hu…
musnaz’s last blog post..Tau tak apa makna JIHAD secara literalnya?
Oleh menteil pada Apr 10, 2008 | Balas
aku pon pelik la mende nie bleh lulus…
penting sangat ker khinzir tu??
xleh idup ke takde khinzir..
yg penting pastikan bila bukak nnt,
semuanya bersih..
jgn jadi di melaka..
bandar onk onk..
tapi aku percaya la..
bela khinzir leh bersih ker???
psstt….
lawa pic atas nie..
wat sdr ker??
Oleh deennasour pada Apr 10, 2008 | Balas
owh babi, kenapakah enkau dipanaskan sedemikian rupa di surat khabar sedangkan kau juga makhlukNya dan layak mendiam di bumi ini..owh~
deennasour’s last blog post..Evolusi KL Drift
Oleh Asharudin pada Apr 10, 2008 | Balas
Macam mana nak buat skang ni? Projek telah pun diluluskan tu. Ada takde terpaksa setuju. Mana tau diorang buat yg mcm kat jerman tu mmg guna teknologi canggih. Hari tu dato khir ada bawak ketua kampung Sepang utk ke Jerman melawat teknologi pemeliharaan babi ni kalau tak silap. Tapi diorang tetap tak setuju sebab menatang tu haram. Adoi tak tau nak kata ape dah.
Bro admin, blog hang best lah ramai yg komen. Nyesal gak buat niche keusahawanan internet tuk blog aku tu. Pepun kena teruskan. Huhu…
Asharudin’s last blog post..Tag 5 Perkara Pertama Dalam Hidup!
Oleh admin pada Apr 10, 2008 | Balas
menteil:aku mahu tunggu dan tengok dulu apa jenis teknologi ternakan babi yang di war war kan bagus itu.Mungkin bagus mungkin tidak..kita tunggu.Tak jalan..kita serang.hihi
deenasour:Itu la deen,mungkin seluruh keturunan babi sedang merasai nikmat glamor masuk paper,tv,blog dan sebagai nye.Kita tunggu kot kot ada anugerah babi paling popular nanti.Agak agak babi negeri mane la yang menang yerr..
asharudin:Ketua kampung tu aku rasa hanya nak gi jalan jalan makan angin je kot kat Germany.Ko jangan menyesal weh,teruskan fokus untuk niche ko.Ada la tu nanti audience..kool!
Oleh adib. pada Apr 11, 2008 | Balas
isk..pelik btul org bukan islam di malaysia…mreka nih trgolong dalam kafir yg macam mana.sepatutnya mereka mengikut apa kemahuan kerajaan ISLAM..bukannya kita ISLAM harus mengikut kehendak mereka..aku tak stuju…50thn kita di tipu…aku tak setuju dengan projek kandang BABI…
Oleh amirul pada Apr 13, 2008 | Balas
xbgus r MB Selangor ni dengar ckp dap.aku sendiri pown malu nak duk selangor.walaupn aku org selangor
Oleh admin pada Apr 13, 2008 | Balas
amirul:Aku lagi malu dengan sikap pemimpin yang penipu/hipokrit dan manis depan,hampeh belakang.Mulut manis jubur masam!
Oleh Desa pada Apr 13, 2008 | Balas
hehe. pelik betui bila org melayu menyokong pembinaan sebuah penempatan baru EKSKLUSIF(RM100juta) utk BABI, peminum arak sendiri jijik bila mnyebut mengenai binatang ni.. pada aku, inilah kali pertama aku tgk projek MEGA utk babi mendapat sokongan ‘besar’ dari kaum melayu.. sebelum ini ditentang habis2an.
mungkin sebab sblum ini projek2 MEGA hnya di jalankan oleh kerajaan BN, maka segalanya perlu di tentang termasuk pembinaan Masjid Kristal yg dikatakan membazir, malah dipersoal plak, “Boleh dapat pahala lebih ke solat di Masjid mahal ni?”. Bagaimana pulak dengan pembinaan Ladang ‘Kristal’ utk babi? Besarkah pahala yg anda dapat?
Semasa BN di Selangor, penternak babi hnya boleh buat ladang skala kecil, itupon kebyknnya secara haram sbb susah nk lulus. DAP berjaya tarik pengundi Cina dengan isu ni, janji sudah ditaburkan dan depa menang. So janji harus ditepati. Nah dapat ladang besar RM100 JUTA! Yg herannya, bukankah MB-nya org PKR, bukannya DAP? Apa yg PKR janjikan plak utk pengundinya? Kenapa tidak didahulukan? Kenapa DAP dan org cina yg dpt dulu?
Oleh mat chencang pada May 16, 2008 | Balas
Isunya orang yang beragama Islam dan orang melayu di kawasan tersebut. Keuntungan yang diperolehi sekarang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Persoalannya, Siapa yang menternak? Siapa yang menjual? Siapa yang dapat untung? Siapa yang kaya? Adakah projek ini akan membantu ekonomi masyarakat melayu yang kecil ini? DEB sikit2 nak dimansuhkan, ape lagi hak melayu yang tinggal dari segi ekonomi?
Http://www.matchencang.blogspot.com