Resipi Menggegarkan Selera
Apr 16, 2008

Sehari dua aku agak sibuk dengan urusan sekolah,maklumlah semester baru dibuka.Macam macam perkara perlu dilangsaikan.Setting diri pun kena tune balik supaya sesuai dengan sesi baru.Fehnat!
Kali ini aku menyediakan satu entri yang aku kira agak pelik dan mungkin ada yang tidak pernah dengar.Ya,kali ini aku mahu bercerita mengenai resipi masakan dan aku tahu orang kita gemar makan makan.Semasa aku cuba carik carik resipi masakan untuk aku melepaskan gian,ada beberapa resipi yang agak nakal dari segi nama dan juga cara membuatnya.Cukup untuk membuat hati geli ketawa.
Ayam Coca Cola.

Dikatakan resipi masakan ini berasal dari negara jiran iaitu Filipina.Tapi,aku musykil dengan namanya.Memang siapa yang mereka resipi ini cukup kreatif otak dalam meletakan nama resipi.Dari segi rasa aku tidak tahu lagi apa yang bakal lidah aku bertindak balas.Mungkin lidah aku menjadi sedikit tidak keruan dengan olahan ayam bersama coca cola.Meletup mungkin.
nampak mcm makanan alien je..ok ker?
yelah..ayam tu nampak seram la.. tapi mungkin sedap masakan ni sbb penah nampak restoran terkenal sajikan sekitar sg wang kat KL..
emm…rasa2 memang seram jgk bila tngk gmbr 2,semacam je…tak lalu nak mkn rasa nye…tapi apa pun syabas dgn resipi unik anda 2..
![]()
Hmm??? Nampak semacam je… sedap ke? Kalau tengok dek gambo tu, mcm ada yang tak kene je? hmm…apapun, aku nak cuba gak buat… coca-cola? Pepsi boleh tak? Gua anti coca-cola, pepsi no hal punya… ekekekeke…
nape gmbr xmnyelerakan cm sesuatu yg mnyeramkan jerk heheh
Itu adalah antara beberapa komen yang aku ambil sebagai respon untuk resipi masakan Ayam Coca Cola.Apa mungkin selepas ini akan ada Ayam Teh Tarik atau Ayam Cincau.Kita tunggu kehadiran resipi pelik lagi nanti.Ada berani cuba?
Ayam Boxing

Usah disangka manusia saja yang main boxing.Ayam pun mahu cukupkan korum.Aku kurang mengerti dengan Ayam Boxing.Tapi yang aku dapat agak hanyalah bentuk ayam semasa dihidangkan itu ada menyerupai penumbuk boxer (baca:peninju).Macam macam resipi zaman sekarang.Mahu jatuh sakit nenek aku kalau dengar Ayam Boxing ini.
Chicken Namban

Amaran keras!Jangan tersilap baca Namban dengan Jamban.Lain jadinya nanti.Aku kira selama ini hanya disini saja yang aku tahu ada Ayam Namban ini.Rupanya sudah ada yang membawa masuk ke Malaysia.Ada yang mendakwa ayam namban ini mempunyai rasa ala ala masam manis.Aku masih tidak dapat mengesahkan perkara ini kerana ayam disini tidak halal.Carilah di Malaysia.Ada mungkin restoran yang menghidangkan Ayam Jamban..opss Ayam Namban ini.
Sticky Caramel Chicken Wing

Peh! Dengan nama ala ala US,mungkin lah resipi ini gempak barangkali.Sticky Caramel tu..ha ha ha.Kepada Puan MutiaraAzura,tahniah kerana berjaya membuatkan nama masakan ini seolah olah macam air kopi di Star Bucks.Ooh yeah!
Daging April Asmara

Bersesuaian dengan bulan April,mungkin masakan ini menjadi hot stuff untuk bulan April sekarang.Kepada pasangan pasangan yang sedang hangat bercinta,aku syorkan kepada anda untuk mencuba masakan ini kerana mungkin dapat menambahkan lagi cinta asmara kau semua.ha ha ha
Ayam Percik Pakcik Boroi

Apa kejadah nya nama masakan ini.Aku memang paling tak tahan.Aku agak agak,ayam percik ini mendapat nama sebab orang yang buat itu adalah seorang pak cik yang boroi menjual dipasar malam.Ada sesiapa pernah nampak dimana ada jual ayam percik pak cik boroi ini?Sila hubungi aku dengan segera jika tahu.Aku teringin sangat mahu merasa apa yang dinamakan Ayam Percik Pak Cik Boroi ini.Lawak siut nama dia.
Aku harap kepada sesiapa yang tahu akan lokasi masakan diatas ada dijual supaya dapat menghubungi aku dengan seberapa segera.Berdesup aku terbang pulang semata mata untuk mencuba masakan pelik terutama Ayam Cocal Cola & Ayam Percik Pak Cik Boroi.Ha ha ha

19 Komen
Oleh Razif pada Apr 16, 2008 | Balas
nampak geli la plak tgk ayam coca cola tu
Razif’s last blog post..Wakil Umno ‘di sebalik’ projek babi
Oleh Mohd Ismail pada Apr 16, 2008 | Balas
Ayam Coca Cola tu dimasak dengan Coke ke? hehe.. ayam percik pakcik boroi tu nampak menyelerakan =) he he
Mohd Ismail’s last blog post..Oh Sainstastik! #01
Oleh Tech Blog pada Apr 16, 2008 | Balas
Peh..geli siot ayam coca cola tu..
Oleh oDiN pada Apr 16, 2008 | Balas
thanks for the comment kt my blog
huhu
oDiN’s last blog post..Hari terakhir umur belasan tahun
Oleh admin pada Apr 16, 2008 | Balas
Mael:Mereka menggunakan setin Coca Cola yer.Aku tak paham la macam mana siram coke dalam kuali.Meletup kang nanti..ha ha ha
OdiN:Selamat melawat blog aku!!ha ha ha
Oleh nano pada Apr 16, 2008 | Balas
yg lain sume sedap,
terutama skali ayam boxing,
peberet ai tu,
rempah die sedap
tp ayam coca cola tu cm xhalal jek..
kekekek :p
nano’s last blog post..Tayar pancit
Oleh starline pada Apr 17, 2008 | Balas
ayam Coca-Cola tu nampak seram la
Oleh hafifi pada Apr 17, 2008 | Balas
haha..ayam coka-cola..pelik bunyinya
Oleh beck pada Apr 17, 2008 | Balas
bro, carikan aku price quote model ini.
1/60 gundam exia
MG 1/100 hinu gundam
try tgk, nak compare.
Oleh muhdzahari pada Apr 17, 2008 | Balas
adeh..lapor lak prut bile tgk gmbar2 yg menggiurkan ni..hehe
muhdzahari’s last blog post..Tenang..
Oleh bob pada Apr 17, 2008 | Balas
ayam koka kola. gilas.. nanti ko bikin resipi jeruk ayam koka kola..
Oleh hanep pada Apr 17, 2008 | Balas
lapo lak eden tengok menatan nie… huhuhu
hanep’s last blog post..Why do people blog? And how to blog?
Oleh admin pada Apr 17, 2008 | Balas
starline:Ramai yang kata seram.Aku nampak macam mentah je.hihi
hafifi:Sebab selalunya “air” coca cola,bukan ayam coca cola.
beck:aku sudah usha Gundam Exia 1/60 tadi.RM120
muhdzahari:Aku nih dah habis air liur nak lelehkan bile tengok makanan macam tu.Bertahun tahun da leleh ni..
bob:Ada ke bob orang jeruk ayam?haha
hanep:Gue pon lapar jugak!Lama da wei tak jumpa makanan macam tu.Aku mahu pulang!!!
Oleh PeneRockers pada Apr 18, 2008 | Balas
Ayam coca cola…huhuhu.mungkin perlu aku makan ayam goreng sambil minum air coca-cola….mungkin ko bleh tnjuk kan resipi die dgn lebih detail lagi lepas ni….atau mungkin resipi ayam kopi cap kapal api sape tau….
PeneRockers’s last blog post..Dan hari ini…..
Oleh deennasour pada Apr 22, 2008 | Balas
chicken namban macam sedap!!
tapi loya tekak nama ala2 jamban!!
grrrr…
deennasour’s last blog post..Over My Dead Body
Oleh admin pada Apr 22, 2008 | Balas
Deen:Haha..aku rasa sedap ayam namban ni..kat sini pun aku selalu je tengok,nak makan tak boleh la tapikan..haram woo..
Oleh deennasour pada Apr 22, 2008 | Balas
eee…susah gak kan?
ko makan apa la kat sana?
takkan ko tak makan ayam?
ikan je ke?
Oleh admin pada Apr 22, 2008 | Balas
Oleh starwalker pada Apr 22, 2008 | Balas
haha sagt cool ayam boxing
starwalker’s last blog post..Kuala Lumpur International Book Festival