RSS

Saturday Channel 9

Saturday Channel 9 ; Sakura - Hanami

Sekarang semasa entri ini ditulis jam menunjukkan tepat 1.20 pagi waktu negara matahari terbit ini.Bermakna Sabtu terakhir dalam cuti semester lepas telah tiba.Bermula dari Isnin 7 April 2008,aku bakal kembali ke arena kuliah untuk ke sekian kalinya.Sungguh pantas perjalanan cuti musim bunga kali ini.Ooh cuti,muncullah kembali…

Semalam,wajah wajah ceria pelajar pelajar baru tahun 1 mewarnai persekitaran sekolah.Majlis Kemasukkan atau pendaftaran pelajar baru diadakan atau lebih dikenali sebagai nyugaku shiki.Berbondong bondong manusia berpakaian kemas hensem bergaya memasuki dewan untuk disahkan secara rasmi sebagai pelajar Kyushu Institute of Technology.Dari awal pagi sehingga ke petang,diwarnai dengan pelbagai majlis dan aktiviti bersama senior termasuk sesi orentasi mata pelajaran,sukan & kelab serta persatuan.Kasihan melihatkan gelagat junior baru dari Malaysia yang terkontang kanting secara single menghadiri majlis.Apa boleh buat,redah seperti biasa saja.Pengalaman “bermain secara single” dalam majlis seperti itu adalah kenangan indah untuk kau bila grad nanti.Ohh cukup blurr!


Tengah hari nanti,anak anak Melayu disini akan mengadakan parti dibawah pokok pokok sakura yang sedang berkembang mekar diserata Jepun.Seketika aku keluar bagi melihat kondisi cuaca petang Jumaat sambil membuat sedikit tafsiran cuaca Sabtu.Yoshh!Sakura memang cukup hebat diluar sana.Ini sudah cukup menandakan senjata utama aku Nikon D70s bakal menala sebanyak mungkin sakura.Warna putih & pink seolah menjadi tema setiap kali musim bunga disini.Sakura!bersiap sedialah.Ooh..nantikan entri bergambar dari aku dalam sedikit masa lagi.Sakura bakal menjadi hidangan mata dari kejauhan.

Semasa entri ini sedang ditulis juga,nasi lemak untuk yang pertama kalinya bagi tahun 2008 sedang berasap didapur.Walaupun hanya dengan berbekalkan sambal telur menggantikan sambal lain yang lebih enak,ia sudah cukup bagi aku yang sudah hampir 2 tahun tidak merasa nasi lemak dari gerai gerai di Malaysia.Nikmati tiada tandingan!Teh panas cap burung ketitir menjadi pilihan untuk dipasangkan bersama nasi lemak sambal telur.Layankan saja~

p/s:aku sudah selamat menjalani proses upgrade ke versi WordPress 2.5.Hooreyyy!!

  1. 10 Komen

  2. Oleh Mohd Ismail pada Apr 5, 2008 | Balas

    skang sini jam 5 pagi.. baca pasal nasik lemak ko, aku sendiri terliur.. lapa plak pagi2 ni.. ha ha

    Mohd Ismail’s last blog post..Seleksi Hujung Minggu #11

  3. Oleh admin pada Apr 5, 2008 | Balas

    Itu saje lah nasi yang masuk dalam perut aku utk seharian.Makan sekali sehari je …
  4. Oleh Zara~AB pada Apr 5, 2008 | Balas

    can’t wait to see your entries on the sakura.

  5. Oleh starwalker pada Apr 5, 2008 | Balas

    wow, im the top commentor! hehe got prizes or not?

    starwalker’s last blog post..#Random Shots

  6. Oleh nnurulz pada Apr 5, 2008 | Balas

    kenape entri ni byk “ooh” eyh?

  7. Oleh nono pada Apr 5, 2008 | Balas

    welcome back to school! =D

    nono’s last blog post..blow.. blow the bubbles

  8. Oleh admin pada Apr 5, 2008 | Balas

    zara AB:sabar yerr..pasti akan ada punye lahh.Kata setahun sekali je.

    starwalker:hihi..ada nak cadangkan aku bukak pertandingan komentator paling aktif setiap bulan ke?Kalau ada sesape nak sponsor..itu sudah menarik.Hubungi aku jika ada!

    nnurulz:Ada saje yang die tak puas hati eyhh!Ooh…sudah belajar dari sape nih?

    nono:Bakal penat dan sakit hati la bila start sekolah nanti.Adeihhh..

  9. Oleh Asharudin pada Apr 6, 2008 | Balas

    […]3) AhmadRidzuan - Voices Of Me[…]

  10. Oleh admin pada Apr 6, 2008 | Balas

    hihi..nampak gayanya aku mendapat 2 tag hari ini.Satu dari Asharudin & AbdFatah.Jangan risau,bakal aku jawab nanti.
  11. Oleh starwalker pada Apr 9, 2008 | Balas

    aku sponsor! pastu aku post byk byk.. aku dapat balik hadiah tu:P

    starwalker’s last blog post..Kuala Lumpur International Book Festival

Post a Comment