Seniwati Yusni Jaafar kembali ke rahmatullah
Apr 2, 2008
Seawal pagi Selasa,sekitar jam 2.30 pagi,seniwati negara Yusni Jaafar telah kembali ke rahmatullah.Setelah 62 tahun mengharungi hidup dan meninggalkan banyak jasa kepada industri perfileman negara,beliau yang juga terlantar sakit telah kembali ke pangkuan Nya.Al Fatihah serta takziah buat seluruh ahli keluarga beliau.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang dikasihi Nya.
Menurut anak perempuanya,Raja Ema,ibunya meninggal disebabkan kegagalan hati berfungsi di Hospital Selayang.Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di No. 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya sebelum disembahyangkan di masjid USJ 15.Beliau akan disemadikan ditanah perkuburan islam USJ 21.
Menurut Aziz M Osman,beliau rasa sedikit terkilan kerana sepanjang hayat ibu Yusni,tiada siapa pun yang cuba mendokumentarikan kisah kisah perjuangannya dalam arena seni lakonan tanahair.Satu perkara yang amat rugi jika diamati kerana pengalaman serta selok belok perjalanan seni itu sangat bermakna untuk generasi sekarang mengambil iktibar,teladan serta menjadi rujukan.
Ibu kepada 5 anak ini membintangi filem arahan Afdlin Shauki, Cuci pada tahun lalu yang merupakan filem terakhirnya dalam arena lakonan tanahair.Filem pertama beliau bintangi adalah Panglima Badol,pada tahun 1978 serta pernah menggondol “Best Comedy Actress Award” di Festival Filem Malaysia ke 8 pada tahun 1989.
Semoga anak kelahiran Tumpat,Kelantan ini aman dan tenang bertemu Allah.
-Al-Fatihah-

10 Komen
Oleh hafifi pada Apr 2, 2008 | Balas
kita telah kehilangan sebutir permata yang berharga..
Oleh hafifi pada Apr 2, 2008 | Balas
lawa arr theme ni..tapi aku tak reti plak nak gune wordpress..tension!
Oleh starwalker pada Apr 2, 2008 | Balas
semoga allah mencucuri keatas rahmatnye. senang senang dtg la blog saya
Oleh Mohd Ismail pada Apr 2, 2008 | Balas
al-Fatihah.. semoga di’tempatkan di’kalangan mereka yang beriman =)
*hafifi, ko kene start main2 wordpress.. hehe*
Oleh admin pada Apr 2, 2008 | Balas
starwalker:aku berjalan saje ke “rumah rumah” kamu semua.jangan risau.
mael:Semoga selamat ibu disana.
Oleh bob pada Apr 3, 2008 | Balas
belum terlambat. moga dicucuri rahmat, al-fatihah..
wah nugget milo. lagu mana rasa tu?
Oleh deennasour pada Apr 3, 2008 | Balas
kesian le tgk dia..
idup masa tua2 tggl sorang..
anak dia bila mak meninggal baru datang..
baek tak payah~
Oleh admin pada Apr 3, 2008 | Balas
Oleh titan pada Apr 4, 2008 | Balas
ehm..rindu lakonan yang selamba tu..
Oleh mr.eims pada Apr 7, 2008 | Balas
al fatihah..
hurm..artis2 nie klu mninggal mmg r..bnyk je citenye..ishk2..yang penting..pk la positif jgn ckp bkn2 yang boley menginggung perasaan arwah tu..ok..
al fatihah lg..
mr.eims’s last blog post..HEAVY MENSTRUAL BLEEDING (MENORRHAGIA)