RSS

Membeli Sedekah

Salam buat semua.Kesuntukan masa disebabkan beberapa perkara menjadikan ruangan aku menulis sesuatu ini sedikit berhabuk.Sebetulnya aku tiada dirumah 2 3 hari ini gara gara Golden Week.Jauh menjelajahi negeri sepet ini.Tapi usah gundah,aku telah kembali untuk memacu khidmat terhadap ruangan ini.Yeahh!

Membeli sedekah,tajuk entri pertama bulan May 2008.Aku terdetik untuk menulis entri ini beberapa ketika selepas berbaring sambil teringatkan kembali perkara 4 5 tahun lalu.Deen,terima kasih kerana berjaya menjadi inspirasi aku kali ini.Mungkin ada sedikit janggal dengan perkataan membeli sedekah.Tapi itulah kadang kadang hakikat atau realiti hidup yang semakin hari makin tak keruan.

Mengimbau kembali 4 5 tahun lalu,lokasi di gerai mamak seksyen 14,Petaling Jaya,aku dan 6 yang lain menuju ke salah sebuah gerai disitu.”Harun! Megi goreng perut satu..!” ,itu adalah ayat biasa aku kesana.”Roti pisang satu!” Dalam kiraan 17 saat ,roti pisang siap sedia didepan meja.Pantas.Servis memang bagus.Sambil menjamah makanan dan menghirup ginseng ais,2 orang perempuan datang menjengah dari meja ke meja.Seorang tua yang cacat penglihatan & seorang anak gadis berbaju kurung.Datang untuk mejual tisu sebagai menyara hidup barang kali.10 keping tisu dirembat kami.Berlalulah disitu.

Selang beberapa ketika seorang lelaki,separa abad kalinya,bertongkat seakan akan dahan pokok kayu,datang menagih benda yang sama.Keadaan lelaki ini adalah lebih daif.Sekeping dua lagi jadi sasaran.Sayup sayup disebelah sana suara nyanyian lagu Eagle,Hotel California.Memang menarik perhatian.Tidak lama selepas itu,2 orang bro gitar jalanan ada didepan meja .10 minit menyanyi lagu.RM2 aku layangkan kedalam topi bro gitar.Bakat & jiwa seni itu aku cukup suka.Bermain gitar & harmonika dalam satu masa.Suara garau yang cukup sedap didengar.Aku tak puas dengan itu tapi mereka perlu ketempat lain untuk perkara yang sama.

Selesai makan,kami beredar keluar dari gerai.Dari jauh aku nampak dengan jelas gelagat lelaki cacat bertongkat tadi bergelak ketawa bercakap telefon,sambil asap rokok terhembus keluar dari mulut.Aku rasa ada yang tak kena.Tapi abaikan dulu.Kami pecut ke Uncle Don,Hartamas dengan niat melayan shisya.Duduk saja untuk masa tidak sampai 10 minit,lelaki yang sama datang menjual tisu.Aku kagum seketika.Mahu tak kagum,jalan pakai tongkat dahan kayu,tapi boleh sampai Hartamas dari PJ.Bisik bisik kami dimeja berpakat tidak akan beli lagi tisu itu.Ini adalah suatu sindiket!

Perkara yang ini aku bangkitkan:

  1. Sejak dari hari tersebut aku memang tak akan bagi lagi kepada orang yang menjual tisu (kebanyakkannya) walau sesen.Bukan aku tiada niat untuk membantu,cuma aku merasakan ada orang lain yang mengambil lesempatan atas keadaan mereka yang kurang upaya.Aku tidak mahu sindiket yang membelakangi kegitan ini bersenang lenang dengan hasil itu.Sumpah aku tak bagi lagi!
  2. Aku lebih suka memberi not not wang kertas kepada bro gitar jalanan.Mereka telah memberikan sesuatu kepada aku.Persembahan walaupun hanya digerai mamak,tapi cukup untuk mengalahkan peserta Akademi Fantasia musim 1 sampai 6.Pernah sekali terdetik,kalau ada orang bawa mereka untuk buat album,aku rasa jalan mereka lebih cerah.
  3. Aku tanya kepada siapa yang sedang baca,kalau situasi diatas berlaku kepada diri kau sendiri,apa yang kau rasa.Adakah kau rasa sedikit tertipu atau bagaimana?Bagi aku memang aku rasa tertipu pada awalnya.Walau ada rakan rakan yang kata,”Kita bagilah kat dia.Yang penting kita sedekah kat dia dengan niat nak tolong dia”.Ya,memang sedekah itu sebab nak membantu.Tapi kalau tidak sampai kepada orang yang memerlukan,apa guna.Sedangkan orang yang memerlukan itu kesana kesini menjual tisu.Apa balasan dia dapat?Sekadar makan minum dan pakaian yang cukup untuk dia lakukan kerja yang sama lagi.Lebih tiada.Cis!

Ini yang aku rasa masyarakat perlu ambil perhatian.Jangan biarkan orang yang kurang upaya ditindas sesuka hati oleh manusia yang gila,pentingkan diri sendiri & MALAS!Itu masih belum dikira kanak kanak warga asing yang melakukan kerja yang sama di Pudu Raya.

Tinggalkan aku sepatah dua luahan hati kau..

  1. 6 Komen

  2. Oleh syamsulariff.com pada May 6, 2008 | Balas

    memang mcm tula..kan bnyk kes yg kerja mengemis tapi pakai kereta besar..just imagine satu hari bleh earn 100 sebulan dah berapa? itu kalau seratus..kesimpulannya..jangan lah bersangka buruk..haha

    aku tgk keadaan la..

    syamsulariff.com’s last blog post..Nabil Lu Pikirlah Sendiri bersama Imuda, Tok Ghani & Sharifah Shahira

  3. Oleh maya pada May 8, 2008 | Balas

    kawan kite kate..kite bagi duit kat peminte sedekah tu supaye org tu tak kena puluk teruk2 bile die balik umah..kalo die kutip sket nanti die kena belasah..(die kate la)..

  4. Oleh admin pada May 8, 2008 | Balas

    syam:Aku bukan tak nak kasi,tapi ko cuba bayangkan kalau kita kita kasi katalah dia dapat collect sehari RM100..bape sen je dapat kat die.Ntah ntah dapat mkn nasi 2 kali sehari je..Adoii..Fahlat sungguh!

    maya:Itu tak dapat dipastikan dan kemungkinan itu adalah tinggi sebab manusia yang jadi dalang tu memang saitei giler babas!

  5. Oleh mala pada May 10, 2008 | Balas

    aku nak kongsi cite sketla pasal peminta sedekah neh..
    zaman2 aku belajar kat UTM,Skudai dolu..selalu la pergi pasar malam kat taman u & skudai…

    first time pegi pasar malam tue, aku terkejut gile bila tgk peminta2 sedekah..muda lagi umur dalam 27 - 30an..lelaki..

    biasanya kalau kita tgk peminta sedekah duduk kat tepi2 laluan orang ramai sambil pegang bekas kan..ini tidak dieorang berbaring di tengah2 laluan..yang ngerinya..kedua2 kaki kene potong.. nauzubillah…ngeri beb..

    masa tgh syok2 jalan tue,nasib baik aku xterpijak..ye la, bayangkan orang ramai, pastu nak tgk barang kiri kanan..dah tak perasan la benda2 kat depan+bawah…huh..

    masalahnya bukan sorang, tapi adala 2,3 org lagi..keadaan yang sama..seram..pastu kawan aku bisik2…dia kata..nie sindiket..sindiket2 ni la yang potong kaki mereka..betul atau tidak..wallahualam..

    nasib baikla x ke bawa sampai ke mimpi bila tgk keadaan mereka..xmacam kawan aku..kesian..xleh nak tido sbb terkejut..

    aku pon sama..bukan nak hina mereka..kasihan tu ada..tapi…ntahla..sukar nak cakap…

    pssstt::skang aku tak tau la ada lagi x mereka kat pasar malam tuh…

    mala’s last blog post..Monitor Baru, Hadiah Hari Lahir, Myvi Hitam

  6. Oleh lyd pada May 10, 2008 | Balas

    memang ada seperti yang ko cakapkan tu due..xdinafikan memang ada sindiket peminta sedekah tu..but pada aku setiap kali aku bagi sedekah pada diorang, aku tau Allah tau niat aku dan pada aku kalaupun diorang menipu..itu urusan mereka dengan Allah..lagipun xsampai hati rasanya kalau tengok peminta sedekah tanpa bagi apa2..for me..tiap kali aku sedekah, doa dalam hati aku adalah..semoga ketika aku susah Allah akan bagi aku ilham untuk menghadapi segala-galanya..Wallahuallam..

    lyd’s last blog post..I’ve Been Tagged..

  7. Oleh menteil pada May 24, 2008 | Balas

    aku penah kena dengan budak bawak bekas minuman 7E..
    dia tanak blah jugak walaupon xnak bagi..
    dia akan duduk situ sampai aku hulur..
    ini dah jadi kes lain pulak
    jadi ‘paksa sedekah’
    aku tak dapat pahala sebab aku memberi dengan niat tak ikhlas..
    dipaksa..

    menteil’s last blog post..Meh Kita Wat Stamp

Post a Comment