RSS

Harga Minyak Petrol Tertinggi Dalam Sejarah!

Akhirnya setelah beberapa ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol seluruh negara berkuat kuasa jam 12 tgh malam tadi.Kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah itu juga bakal menyaksikan pelbagai reaksi rakyat negara yang rata rata “panas” dengan kepimpinan sekarang.Ini dapat aku kategorikan sebagai WTF Moment untuk 2008!

Kenaikan RM0.78 itu bermakna harga untuk 1 liter petrol meningkat dari RM1.92 kepada RM2.70.Peningkatan hampir RM1 itu juga bakal membawa bencana kepada keseluruhan barang keperluan yang dijangka akan meningkat harga secara mendadak dalam masa terdekat.Kekesalan rakyat terhadap pengumuman itu tidak dapat disembunyikan lagi dari riak wajah yang memikirkan apakah jalan penyelesaian atau cara paling efektif bagi menangani pelbagai isu yang bakal muncul nanti.

Perkara yang biasa didengar setiap kali kenaikan harga petrol adalah,”Kita masih lagi mempunyai harga petrol yang terendah berbanding negara lain”.Ya! Kita masih harga terendah jika dibandingkan dengan negara yang minyak petrol mahal.Sedangkan nisbah gaji rakyat kepada harga petrol serta penggunaan harian adalah masih boleh dianggap membebankan.

Kenaikan mendadak dan boleh disifatkan sebagai serta merta itu juga disertai dengan rebet rebet dari pihak kerajaan yang ingin berkongsi beban kenaikan harga minyak dunia bersama rakyat.Disini aku tidak ingin mengulas tentang rebet itu kerana diyakini semua sudah maklum dan telah membaca beberapa kali sebelum bertandang kesini.Yang dipersoalkan adalah,pengagihan itu bukan untuk segelintir rakyat,tapi majoriti.Sedangkan pengagihan kepada skim serta bantuan kepada minoriti yang memerlukan masih tidak efisien,apakah mungkin akan berjalan dengan lancar atau sebaliknya?

Pelbagai cara dan langkah untuk mengimbangi kenaikan juga sudah kerap kali diperkatakan terutama setiap kali ada kenaikan harga.Penggunaan basikal ke tempat kerja ada diusulkan sebagai salah satu cara alternatif bagi menjimatkan perbelanjaan.Persoalan yang terbayang adalah,masuk akal atau tidak dengan menunggang basikal sejauh 30km ulang alik untuk sehari semata mata untuk mengimbangi kenaikan petrol yang membunuh itu?Kelak nanti Malaysia bakal menjadi pusat latihan berbasikal terulung dunia.

Menggunakan kemudahan perkhidmatan kenderaan awam ke tempat kerja.Ini mungkin cara paling aku setuju untuk diguna pakai.Tetapi,adakah pihak pihak yang berkenaan mengkaji dan memantau secara teliti tentang ini.Bagi aku secara peribadi menyatakan bahawa,prestasi perkhidmatan awam masih ditakuk lama walaupun sedikit meningkat,namun tiada peningkatan major bagi memenangi hati pengguna yang rata rata masih ragu ragu.

Cadangan aku jika pihak atasan masih mahu kekal dengan kenaikan harga minyak adalah:

  1. Tingkatkan keberkesanan sektor perkhidmatan kenderaan awam ke tahap superb jika mahu memenangi sedikit hati rakyat.(Jika mampu)
  2. Kenaikan elaun atau gaji bagi menampung kenaikan bahan bakar.
  3. Subsidi kepala bahan bahan keperluan asas.Dek kerana kenaikan bahan bakar harga barangan keperluan bakal mencanak.

Aku percaya ramai lagi antara semua yang mempunyai idea bernas untuk mengatasi atau mengurangkan beban sedikit sebanyak.Aku hanya mampu berfikir sedikit saja kerana kepala sudah tidak mampu untuk bergerak sebebas bebasnya lantaran problemo yang dihadapi.

Tarif elektrik, kata beliau, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga” tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor.

Perdana Menteri percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya.

Kepada anda,mari kita berfikir bagai mana untuk menghadapi masalah ini.Usah berlengah mari kita belajar menembak hari ini!

Bodoh Piang!

  1. 16 Komen

  2. Oleh nnurulz pada Jun 5, 2008 | Balas

    cepat je dia hapdet blog ye..

  3. Oleh syam pada Jun 5, 2008 | Balas

    ni isu plg sensitip ni. kwn aku sarankan gune ngv. bole save 70% penggunaan petrol ko

    persoalan: brp byk stesen ngv ade di malaysia. praktikal ke nk gune?

    syam’s last blog post..Kenaikan Harga Petrol dan Diesel Di Malaysia

  4. Oleh admin pada Jun 5, 2008 | Balas

    tu la syam.
    Ada tadi dekat hot mamat tu bising bising cakap pakai NGV jimat.Semua orang tahu mendalah tu jimat kalau pakai.Tapi kena jugak pikir bape ketul je pam NGV tu ada kat KL tu.

    Yang aku nampak salah satu,dekat Technology Park,Petronas.Itu pon teksi macam hape je beratur panjang.Pulak tu nak pasang NGV tu bukan nye 3 hengget.Takde 4 riban tak ada nye manusia nak pasangkan.

  5. Oleh megat pada Jun 5, 2008 | Balas

    sebab tu aku kata kerajaan kejam. kot yer pun sarankan alternatif lain. setakat rebet tahunan tu masih x cukup. teknik gelapkan mata rakyat.

    alternatif yg ada masih tak praktikal dan menyusahkan rakyat

    megat’s last blog post..Minyak Petrol & Diesel Naik!

  6. Oleh fizz pada Jun 5, 2008 | Balas

    serius, memang banyak giler minyak naik, masalah kat tempat aku ni, takde bas yang masuk sini, abis kena lah jugak aku bawak kete, uwaa perbelanjaan bulanan ku bertambah :((

  7. Oleh admin pada Jun 5, 2008 | Balas

    megat:Aku macam seolah olah merasakan yang ada sesuatu disebalik kejadian ini.Sebab pelik sgt

    fizz:Kalau ada bas pon aku rasa paling sikit 50% tambang akan akan naik.Pulak tu tak efisien.nanti ko jgk yg tak selesa.Payah betul!

  8. Oleh zool pada Jun 6, 2008 | Balas

    Kenaikan sekali ganda secara mendadak memberi imbak yang besar..
    Huh.. kita yang pendapatan sederhana ni pasti terasa..
    Camne nak kawin??

    zool’s last blog post..Review minggu ini

  9. Oleh admin pada Jun 6, 2008 | Balas

    zool:Bagi mereka yang belum kawin ini adalah suatu cabaran baru.Kemungkinan untuk bertambahnya hantaran itu sangat besar..Kawin kat siam pun mungkin bertambah bilangan nye..hihi
  10. Oleh mala pada Jun 6, 2008 | Balas

    mmg hampeh la sekarang..minyak naik melampau-lampau…lepas nie mmg confirm barang lain akan naik..huh…camano den nak simpan duit??
    sokong cadangan..kecekapan sektor penggunaan kenderaan awam kena tingkatkan..buka lebih banyak lagi laluan lrt+komuter..skang kat kl bukan sume tempat ada kemudahan ini..masalah2 yang selalu berlaku pada kenderaan awam:komuter selalu aje delay..bas pulak kadang2 jalan x ikut time..sume tu kene ubah…kalau betul2 mahu lebih efisien lagi…dan rakyat pon selesa…
    bukan setakat minyak jek..tarif elektrik pon naik..:(
    nampaknya skang betul2 kena berjimat cermat..aku rasa harga minyak akan naik lagik!!!!!

    mala’s last blog post..8 facts/habits

  11. Oleh admin pada Jun 6, 2008 | Balas

    Mala,
    Harga minyak kat mesia aku rasa tak akan turun kalau ikut hemat aku la.Tapi tak tahu la kan kalau apa apa jadi.

    Malaysia bagi aku banyak yang lemah walaupun diwar war kan bagus sana bagus sini.Lobi orang luar macam macam,sampai aku naik malu nak cite kalau orang kat sini tanya…giler!

  12. Oleh nono pada Jun 6, 2008 | Balas

    kat facebook orang banyak dah buat kempen naik basikal.. lwak tho.. hehe

  13. Oleh admin pada Jun 7, 2008 | Balas

    nono,
    gue jarang giler yg sangat sangat bukak facebook!
    Tapi bagus ler derang wat gitu.MAri kita gegar lagi
  14. Oleh izie pada Jun 9, 2008 | Balas

    harga minyak dah naik..
    so kompem la tambang pengangkutan awam pun akan naik..
    xde lagi langkah yg dikatakan bijak untuk menangani masalah nie…
    roti canai ngan teh tarik pun dah naik 20 sen..
    xkan benda lain xnak naik harga???

  15. Oleh abdfatah pada Jun 10, 2008 | Balas

    okeh juga tu… basikal pulak nanti mesti mahal kalo ramai yang nak beli beskal… hahaha…

    maka elok jugaklaa buat “kempen mari guna basikal untuk ke pejabat”

  16. Oleh pak malau pada Jun 13, 2008 | Balas

    yang orang ramai tak puas hatinya, cakap nak naik bulan 8, ni baru je bulan 6 dah dinaikkan. yer pun naikkanlah sikit-sikit tak lah orang ramai tensen sangat.

    terus terang cakap, saya hari-hari nak kene isi minyak RM10 utk perjalanan ke tempat kerje sejauh 10km ketempat kerja cuba bayangkan …tu yang nak serius buat perniagaan internet nih…tak dapat tidak!

    pak malau’s last blog post..Ebook Adsense Terbaik

  17. Oleh mims pada Jun 20, 2008 | Balas

    erk! RM2.70/liter? gile mahal!! kat sini minyak 2.10 je seliter..dan bukan negara pengeluar minyak pon…cmne malaysia yang pengeluar dan pengeksport minyak harge smp cmtu skali? musykil musykil..hu hu.

    bersabarlah rakyat Malaysia!

    mims’s last blog post..Stand up on your feet

Post a Comment