Apple iPhone bakal dibawa masuk Maxis
Jul 20, 2008
Setelah mencetuskan kegilaan ramai selepas pelancaran iPhone generasi pertama setahun yang lalu,kini Apple meneruskan lagi kekuatan gadjet terbaru mereka,iPhone 3G.Telah dilancarkan pada 11 Julai lalu,ia membuatkan seluruh penggila gadjet tidak senang duduk.Dibeberapa buat negara yang telah mula menjual iPhone 3G pada 11 Julai di serbu seawal 24jam sebelum pelancaran.Beratur,duduk,berkhemah itu perkara biasa.
Dan semalam Maxis Communication mengatakan bakal membawa masuk iPhone 3G ke Malaysia.Ini adalah suatu yang sangat dinantikan oleh penduduk Malaysia.Tetapi adakah menjadi kenyataan atau tidak hanya bergantung kepada Maxis atau mana mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Walaubagaimanapun,adakah iPhone 3G yang bakal dibawa masuk itu terikat dengan kontrak penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau tidak?Sepertimana yang diketahui umum majoriti telefon mudah alih di Malaysia tidak terikat dengan mana mana kontrak syarikat telekomunikasi.Apakah yang akan berlaku sekiranya iPhone 3G terikat bersama syarikat telekomunikasi atau lebih diketahui sebagai locked.
Pasaran telefon mudah alih Malaysia adalah memberansangkan namun sebahagian besar pengguna adalah dari golongan remaja.Dan ini mungkin akan memberikan sedikit kesan kepada golongan pengguna terbesar negara.
Walau apa pun,Maxis mengatakan bahawa harga bagi sebuah iPhone 3G yang bakal dibawa masuk adalah dibawah RM1000!Whhhoooottt!!Nantikan samada penantian Apple iPhone ke Malaysia adalah realiti atau fantasi.

7 Komen
Oleh dauz pada Jul 20, 2008 | Balas
hari tu kat jepun iphone 3g jual rm7++ je..so kalau jepun leh jual murah kenapa Kat malaysia tak leh jual murah??Dalam lingkungan rm600 pun orang beli jugak tu..janji tak terikat dengan maxis
Oleh alisyafa pada Jul 20, 2008 | Balas
bagut…bagut!!!!
Oleh topo pada Jul 21, 2008 | Balas
jangan maxis buat plan celaka udah le….
topo’s last blog post..pembaca atau pelawat…siapa yg topo suka??
Oleh duez pada Jul 21, 2008 | Balas
@alisyafa - Tapi bagus pon ada kontrak tu dok beraso.keno cari grey market jugok!Tapi takpo unlock kito buleh buat sendiri..haha
@Topo - Celaka tak celaka itu aku tak tau laa..tapi pasti ada plan yang sedang dirancang.Apa apa hal..tunggu Maxis.Celcom ape cite?!
Oleh alisyafa pada Jul 21, 2008 | Balas
duez..
kalau mcm tu,kena angkat banyak2 skit, pastu letgo murah2 kt kita di mesia ni…
Oleh sis Iizuka pada Jul 23, 2008 | Balas
Mana laa adik aku yg sorang nie hilang?
apa crita bro??? lama tak dtg Iizuka…jom barbeque…
nak i-phone satu…
Oleh zool pada Aug 5, 2008 | Balas
Aku gadget2 ni kaki bangku sikit..
tapi rasa nak pakai gak
zool’s last blog post..Jom Main Badminton