RSS

Big Bang!

Big Bang hari ini.

Siapa yang ambil tahu mengenai satu eksperimen sains terbesar didunia yang akan dilakukan hari ini?Apa itu Big Bang?Istilah Big Bang dicipta oleh seorang saintis Britain, Fred Hoyle pada tahun 1949, merujuk kepada keadaan alam semesta ini yang pada asalnya bercantum padu, kemudian berselerak dan mengembang selepas satu letupan kuat kira-kira 13 bilion tahun dahulu.

Eksperimen yang mengambil tempat 100 meter dibawah tanah menggunakan sebuah terowong sepanjang 27 kilometer disempadan Perancis dan Switzerland.Projek ini dibiayai oleh Pertubuhan Eropah Bagi Penyelidikan Nuklear (CERN),dengan jumlah keseluruhan bernilai USD10 billion (RM34.3 billion).Para saintis telah membina sebuah mesin pemecut jirim terbesar pernah dibina yang menelan kos sebanyak USD5 billion ,dikenali dengan nama,Large Hadron Collider (LHC).Eksperimen ini adalah percubaan untuk mengulangi teori Letupan Besar atau Big Bang yang menurut sains, yang membawa kepada pembentukan alam semesta.

Projek ini adalah bermatlamatkan untuk menerobos kewujudan dimensi lain dan mengesahkan teori Hawking bahawa Lohong Hitam atau Black Hole di angkasa lepas mengeluarkan pancaran radiasi.Hawking merupakan pensyarah di Universiti Cambrigde,London dilahirkan pada 1942.Beliau dikatakan ahli fizik terhebat selepas zaman Albert Einstein dan bertanggungjawab mengutarakan teori bahawa Lohong Hitam memancarkan sinaran radiasi atom sehingga kehabisan tenaga sebelum meletup.Walau bagaimanapun,teori Hawking itu mendapat tentangan ahli-ahli fizik masa kini kerana menurut mereka, apabila fenomena Lohong Hitam berlaku semua jirim atau atom yang membentuk bintang itu ranap lalu mengeluarkan tarikan graviti amat kuat sehingga berupaya menyedut semua benda termasuk cahaya.

Yang menarik mengenai eksperimen bersejarah ini adalah mereka pernah menerima ugutan bunuh dari aktivis aktivis dunia.Mereka bimbang eksperimen ini akan menamatkan riwayat bumi kerana dikatakan tenaga yang terhasil dari pemecahan proton melebihi tenaga nuklear yang mampu meletupkan bumi.

  1. 7 Komen

  2. Oleh anap_ilmi pada Sep 10, 2008 | Balas

    dasyat neh..tatotnyer..diorg ni kan..klu wt eksperiment biase2 xleh ker?smpai nak letop2 bumi lak..ntah ape2ntah..

    anap_ilmi’s last blog post..Kembara : Teluk Intan

  3. Oleh aeropama dot com pada Sep 10, 2008 | Balas

    gila beb. sebab entri ko ni, aku dah jadi addict. 90% hasil carian aku di internet adalh berdasarkan big bang eksperimen ni

    aeropama dot com’s last blog post..Kad Raya: Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008

  4. Oleh lyd pada Sep 12, 2008 | Balas

    salam due..
    wei..balik xbagitau ni…
    ada org call sy la tanya awak…
    ish2…patut la rasa mcm awk ad kt mesia..sebab dulu ckp nk balik bulan 8 kan…
    anyway selamat berpuasa ye cik due…
    makanla semua makanan yg xde kat bumi sakura nun…

    lyd’s last blog post..TaGgEd By CiK mAlA…

  5. Oleh admin pada Sep 12, 2008 | Balas

    lyd:sapo plop call tanye tows?Org yg dikenali ke dok?
  6. Oleh iliana pada Sep 13, 2008 | Balas

    hye…xdsngajekn ke cni…apa pun sgt menarik cerita ni…

    iliana’s last blog post..MUNAJAT CINTA

  7. Oleh bard pada Oct 9, 2008 | Balas

    Salam,

    Good info dan just to remind.. Dari info Al-Quran; Kun Fayakun (Jadi! maka sempurnalah kejadian..! Allah Ta’ala menjadikan sesuatu itu tanpa ‘beralat’..

    Manusia ’sibaharu’ ini ingin menjadikan sesuatu yang telah dijadikan oleh si Qadim dgn mengunakan pelbagai alatan dan jumlah billion dollar..?

    Sungguh utk ‘mencabar’ Yang Maha Pencipta bunyinya..

    Apa-apa pun andaikata manusia boleh mencipta sesuatu alatan utk kemajuan hidup manusia, Allah ta’ala telah mencabar utk manusia dan para jin mencipta hatta satu ’surah’ bagi menunjukkan kebenaran kata-kata kepercayaan mereka yg mereka anuti itu..

    Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan..

    Jangan kata utk mencipta satu deminsi alam dunia ini bahkan mereka TIDAK akan dapat mencipta sebiji benih buah/tumbuh-tumbuhan yang boleh tumbuh hidup kerana yang BERHAK mematikan dan menghidupkan hanyalah kepada Allah Ta’ala jua urusanNya..

    Wasalam..

  8. Oleh KampungBoy pada Oct 11, 2008 | Balas

    Bunyi kajian mereka nie memang gempak sebenarnya. tapi…tula setiap perbuatan n tindakan kita jangan sesekali melangkaui tahap sehingga memusnahkan kewujudan pencipta alam semesta.

    KampungBoy’s last blog post..Bisnes TDTone, Kawan @ Lawan ???

Post a Comment