Baru lepas selesai membuka ruangan baru bagi kategori video menarik buat tontonan.Sila ke sini untuk menonton beberapa video yang telah ada disana.Ruangan ini bakal diupdate dengan pelbagai lagi video menarik dari masa ke masa untuk tontonan dan hiburan semua.
Pada entri kali ini juga diucapkan selamat menonton sebuah video “Did You Know?” yang mempunyai beberapa perkara agak menarik untuk dikongsikan.Mungkin ada yang telah melihat tapi buat yang belum,silakan. *aku tak tahu nak buat ape wei…*
Sehingga hari ini,ramai sudah antara kita yang menceburi bidang menulis blog.Bagaikan satu fenomena baru dalam penghujung 2007 hingga 2008.Tidak dikira platform mana yang digunakan samada blogger,wordpress,blogmas,blogdrive dan pelbagai lagi platform yang hanya mempunyai satu tujuan iaitu kemudahan menulis blog kepada manusia.
Sejak berakhirnya PRU,maka berbondong bondong lah “mereka mereka” untuk memiliki blog sendiri.Ada yang mengatakan sudah berblog lama walaupun hanya tidak sampai sebulan.Blog merupakan satu ruang untuk menulis apa saja yang diinginkan oleh tuan punya blog itu sendiri dan tidak hanya sekadar untuk tujuan politik sahaja.Ini semua kena faham.
Ini hanya beberapa keping gambar dari koleksi foto foto yang tidak diketahui bilangan dalam PC.Update bergambar akan sentiasa ada dipaparkan sepanjang 2008.Jangan lepaskan peluang menatap hasil aku,dan terima kasih kerana datang melawat.
Sehari dua aku agak sibuk dengan urusan sekolah,maklumlah semester baru dibuka.Macam macam perkara perlu dilangsaikan.Setting diri pun kena tune balik supaya sesuai dengan sesi baru.Fehnat!
Kali ini aku menyediakan satu entri yang aku kira agak pelik dan mungkin ada yang tidak pernah dengar.Ya,kali ini aku mahu bercerita mengenai resipi masakan dan aku tahu orang kita gemar makan makan.Semasa aku cuba carik carik resipi masakan untuk aku melepaskan gian,ada beberapa resipi yang agak nakal dari segi nama dan juga cara membuatnya.Cukup untuk membuat hati geli ketawa.
Cuba tengok betul betul gambar diatas,ada yang tak kena atau tidak?Aku tidak tahu bagaimana mahu tulis lagi.Aku mahu tunggu apa kau rasa.
Usahlah kerana kes ladang ternakan babi yang sedang panas dijadikan alasan untuk melukis satu karikatur sedemikian.Sudah cukup glamour babi di Malaysia sekarang.Cukuplah!Jangan ada yang ingin melampiaskan kemarahan dengan cara yang “kurang bijak”.Saluran yang betul bukan tiada cuma aku rasa orang kita terlebih emosi dari akal.Tak banyak,sikit saja.
Berbalik kepada gambar diatas,aku terfikir dan masih terfikir apa yang cuba disampaikan oleh pelukis asal.Mengapa sehingga perlu begitu.Siapa yang beliau maksudkan sebagai lelaki berjubah menunggang babi itu?Isu ini sudah cukup sensitif dimata kita,cukuplah membuat perkara yang boleh menaikkan lagi sensitiviti orang kita.Bukan orang lain yang buat & bukan orang lain yang susah.Kita kita juga.