RSS

LeFooty - The Latest Football Highlights,Soccer Video,Live Football

↑ Add This To Your Blog

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Qatar Cheap Flights to Cologne
Find Deals Click Here

Blogger Malaysia

Sehingga hari ini,ramai sudah antara kita yang menceburi bidang menulis blog.Bagaikan satu fenomena baru dalam penghujung 2007 hingga 2008.Tidak dikira platform mana yang digunakan samada blogger,wordpress,blogmas,blogdrive dan pelbagai lagi platform yang hanya mempunyai satu tujuan iaitu kemudahan menulis blog kepada manusia.

Sejak berakhirnya PRU,maka berbondong bondong lah “mereka mereka” untuk memiliki blog sendiri.Ada yang mengatakan sudah berblog lama walaupun hanya tidak sampai sebulan.Blog merupakan satu ruang untuk menulis apa saja yang diinginkan oleh tuan punya blog itu sendiri dan tidak hanya sekadar untuk tujuan politik sahaja.Ini semua kena faham.

Read the rest of this entry

Koleksi Terbaru

Ini hanya beberapa keping gambar dari koleksi foto foto yang tidak diketahui bilangan dalam PC.Update bergambar akan sentiasa ada dipaparkan sepanjang 2008.Jangan lepaskan peluang menatap hasil aku,dan terima kasih kerana datang melawat.

Read the rest of this entry

Resipi Menggegarkan Selera

Sehari dua aku agak sibuk dengan urusan sekolah,maklumlah semester baru dibuka.Macam macam perkara perlu dilangsaikan.Setting diri pun kena tune balik supaya sesuai dengan sesi baru.Fehnat!

Kali ini aku menyediakan satu entri yang aku kira agak pelik dan mungkin ada yang tidak pernah dengar.Ya,kali ini aku mahu bercerita mengenai resipi masakan dan aku tahu orang kita gemar makan makan.Semasa aku cuba carik carik resipi masakan untuk aku melepaskan gian,ada beberapa resipi yang agak nakal dari segi nama dan juga cara membuatnya.Cukup untuk membuat hati geli ketawa.

Read the rest of this entry

Karikatur lelaki berjubah menunggang khinzir!

Cuba tengok betul betul gambar diatas,ada yang tak kena atau tidak?Aku tidak tahu bagaimana mahu tulis lagi.Aku mahu tunggu apa kau rasa.

Usahlah kerana kes ladang ternakan babi yang sedang panas dijadikan alasan untuk melukis satu karikatur sedemikian.Sudah cukup glamour babi di Malaysia sekarang.Cukuplah!Jangan ada yang ingin melampiaskan kemarahan dengan cara yang “kurang bijak”.Saluran yang betul bukan tiada cuma aku rasa orang kita terlebih emosi dari akal.Tak banyak,sikit saja.

Berbalik kepada gambar diatas,aku terfikir dan masih terfikir apa yang cuba disampaikan oleh pelukis asal.Mengapa sehingga perlu begitu.Siapa yang beliau maksudkan sebagai lelaki berjubah menunggang babi itu?Isu ini sudah cukup sensitif dimata kita,cukuplah membuat perkara yang boleh menaikkan lagi sensitiviti orang kita.Bukan orang lain yang buat & bukan orang lain yang susah.Kita kita juga.

Malaysia dari sudut Uncyclopedia.Wajib baca!

Edisi ronda ronda ke blog dimulakan dengan sangat baik sekali hari ini.Selepas penuh dengan nasi lemak dan daging merah,makin rancak aku membuat rondaan.Dan dalam banyak banyak rondaan,ada aku tertarik dengan satu entri di blog Musnaz.

Mungkinkah ada sesuatu yang sedang mendalangi atau mengeksploitasi keadaan dalaman negara yang bagi aku masih dalam keadaan serabut.Usah memarakkan api yang sedang marak dengan simbahan minyak.Padah nanti.Tapi ini yang perlu diterima,bahawa ada segolongan yang tak pernah henti henti cuba menaikkan api api ini.Mungkin bukan dari gologan bangsa kita.Apa agenda mereka sebenarnya?

Bacakan artikel bertajuk Malaysia ini dan aku rasa ada sesuatu yang boleh diambil.Basuh muka,baca!Serangan halus aku rasa makin mencucuk sekarang.