
“Harga Mi Naik Sehingga 70 sen Hari Ini”
Mulai hari ini kepada penggemar mi,anda harus mengambil tahu mengenai kenaikan harga mi berkuatkuasa hari ini.Kenaikan diantara 20 sen sehingga 70 sen sekilogram itu dikatakan oleh kenaikan harga harga biji gandum dipasaran antarabangsa.Diantara jenis mi yang bakal melonjak harganya adalah mi kuning,yee mi kecil,yee mi besar,mi wantan,kulit wantan dan kulit dumpling.Berikut adalah nama jenis mi serta kadar kenaikan:
Mi kuning (naik 20 sen sekilogram), mi kering (naik 20 sen sekilogram), yee mi kecil (naik 30 sen sekilogram), yee mi besar (naik 70 sen sekilogram), mi wantan (naik 60 sen sekilogram), kulit wantan (500 gm) naik 40 sen satu peket, kulit dumpling (500gm) naik 50 sen satu peket, kuetiau (naik 30 sen sekilogram), chu cheong fan (naik 0.04 sen segulung), laksa pendek (naik 30 sen sekilogram), laksa panjang (naik 30 sen sekilogram).
Read the rest of this entry
Share This
Oleh admin
Dari kategori Informasi, Sahabat
Sudah sebulan selepas piliharaya yang sememangnya menggegarkan Malaysia berlalu.Gegaran Barisan rakyat membuatkan barisan pimpinan Pak Lah longlai.Duit licin,kepala pun makin licin jugak. Pengumuman dari kerajaan baru Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan sebuah ladang babi akan dibuka di Sepang telah menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat Selangor dan pelbagai lapisan rakyat.Disini aku bukan mahu menyatakan sokongan atau bantahan kepada mana mana pihak,cuma aku mahu menyatakan apa yang aku fikirkan.Tiada kisah tentang apa reaksi yang bakal diterima sekadar perbincangan yang beguna membuahkan idea. Read the rest of this entry
Share This
Antara koleksi foto foto perjalanan yang menjadi satu kenangan.Nantikan lagi entri bergambar seterusnya dalam masa terdekat.Juga,mungkin 2008 bakal dihiasi dengan banyak lagi foto foto disekitar kawasan aku tinggal sekarang.Jauh perjalanan,luas pemandangan,bertambah pengalaman.Yeahh!




Read the rest of this entry
Share This
Oleh admin
Dari kategori Informasi, hiburan

Sekarang semasa entri ini ditulis jam menunjukkan tepat 1.20 pagi waktu negara matahari terbit ini.Bermakna Sabtu terakhir dalam cuti semester lepas telah tiba.Bermula dari Isnin 7 April 2008,aku bakal kembali ke arena kuliah untuk ke sekian kalinya.Sungguh pantas perjalanan cuti musim bunga kali ini.Ooh cuti,muncullah kembali…
Semalam,wajah wajah ceria pelajar pelajar baru tahun 1 mewarnai persekitaran sekolah.Majlis Kemasukkan atau pendaftaran pelajar baru diadakan atau lebih dikenali sebagai nyugaku shiki.Berbondong bondong manusia berpakaian kemas hensem bergaya memasuki dewan untuk disahkan secara rasmi sebagai pelajar Kyushu Institute of Technology.Dari awal pagi sehingga ke petang,diwarnai dengan pelbagai majlis dan aktiviti bersama senior termasuk sesi orentasi mata pelajaran,sukan & kelab serta persatuan.Kasihan melihatkan gelagat junior baru dari Malaysia yang terkontang kanting secara single menghadiri majlis.Apa boleh buat,redah seperti biasa saja.Pengalaman “bermain secara single” dalam majlis seperti itu adalah kenangan indah untuk kau bila grad nanti.Ohh cukup blurr!
Read the rest of this entry
Share This
3 4 hari yang lepas,sekali lagi dunia Islam digemparkan dengan tindakan Geert Wilders ,Ketua Parti for Freedom di parlimen Belanda telah mencetuskan kemarahan umat Islam seluruhnya.Cerita ini juga dikatakan di “cut & paste” dari beberapa website perkongsian video terkemuka dunia yang sudah semestinya dipelopori oleh barat.
Jadi gemparlah dunia amnya,Malaysia khususnya dengan tersebarnya berita sebegini.Siri perhimpunan memprotes,menghantar memorandum dan sebagainya diadakan.Sehingga ada ura ura untuk memboikot produk dari negara Belanda.Mengapa aku menulis seolah olah tidak menyokong.Aku tersentuh & sensitif terhadap perkara ini.Aku sokong cadangan bagi memboikot.Aku sokong!
Cuma,berapa seriuskah cadangan ini akan diambil kira untuk dilakukan, itu persoalan aku.Apa yang terlintas difikiran aku , rakyat negara kita kebanyakkan tahu perkara ini dan aku yakin mereka tahu akan tindakan mahu memboikot ini.Namun adakah anda merasakan bahawa tindakan boikot ini akan mendapat kerjasama rakyat seluruhnya , jika ada antara mereka yang hipokrit dalam menjalankan tindakan ini.
Read the rest of this entry
Share This